NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu, sudah termaktub dalam Perlembagaan




BANGI, Isnin –  Bahasa Kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu dan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, kata Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid.

 

Beliau berkata,  berdasarkan undang-undang, semua iklan dan papan tanda hendak dipamer dalam bahasa Kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1982.

 

Katanya, Garis Panduan Perancangan Papan Tanda Premis Perniagaan 2018 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) cukup jelas dan tidak wajar dipertikaikan.

 

“Bahasa Melayu jadi keutamaan. Bahasa lain dibenar saiz hanya 3/4 daripada bahasa utama.

 

“Garis panduan ini untuk rakyat mana? Malaysia atau China?

 

“Adakah dengan mengutamakan bahasa Melayu menjadikan kita negara perkauman” soalnya menerusi kenyataan media hari ini.

 

Justeru, beliau menegaskan supaya Malaysia sebagai negara yang berdaulat tidak tunduk kepada mana-mana kuasa luar.

 

“Masih ada lagikah yang tolak bahasa Melayu?

 

“Adakah garis panduan papan tanda ini sudah diubah?” soalnya sambil mengingatkan bahawa perpaduan hanya terbentuk melalui satu bahasa.



Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo