Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat media sosial, TikTok lebih serius dalam menangani ancaman penipuan dan budaya fitnah di media sosial.
Perdana Menteri berkata, ancaman buli siber juga semakin berleluasa yang memerlukan penguatkuasaan bersama agensi kerajaan.
“Saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet bermula 1 Januari.
“Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew.
Katanya, TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan itu dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi.
“Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Bank Negara Malaysia.
“Kami turut membincangkan kerjasama antara kerajaan dan TikTok di Malaysia dan mereka memberi perakuan melanjutkan pelaburan secara besar-besaran di negara kita.
“TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment