NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anthony hanya ibarat ‘Kaduk Naik Junjung’




Ketua Pemuda UMNO mendakwa Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sombong kerana enggan mengambil serius setiap pandangan yang dilontarkan. 

 

Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkata beliau akan terus lantang bersuara walau tidak berada di peringkat kepimpinan pusat. 

 

“Ya kamu memang berjawatan tinggi tetapi kamu jangan ingat kamu boleh buat sesuka hati kamu.

 

“Kami yang dianggap jawatan rendah inilah yang akan terus lantang bersuara mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

 

“Tidak kira betapa besar jawatan yang kamu ada wahai Loke. Baru ada pangkat, sombong! Kaduk naik junjung!” coretnya di laman Facebook miliknya semalam. 

 

Dr Akmal mengulas sisipan wawancara Loke bersama sebuah portal berita tempatan dalam bahasa Cina.

 

Loke menerusi wawancara itu mendakwa Dr Akmal berpangkat rendah dan enggan membazir masa melayan kerenah exco Melaka itu. 

 

Menteri Pengangkutan itu berkata semua itu dilakukan demi memastikan tugas-tugas pentingnya sebagai menteri tidak terjejas. 



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo