BANGI, Rabu – Ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara (AG) baharu sama ada ia terlibat dengan keputusan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibebas tanpa dilepaskan dari mahkamah.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, pelantikan itu telah menjadi cakap-cakap dalam kalangan orang ramai apabila Dusuki merupakan Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang terlibat memberikan 11 hujah berhubung DNAA kes Timbalan Perdana Menteri itu.
“Dan adakah disebabkan budi yang diberikan oleh beliau (Dusuki), beloai dapat (jawatan)? Ini yang dikata-katakan orang.
“Adakah disebabkan budi dia, dapat jadi peguam negara?” soalnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Dusuki diumum sebagai AG baharu menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Saleeh berkuat kuasa Isnin lalu.
Sementara itu, Mas Ermieyati turut memetik ucapan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO pada 2022 lalu ketika Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
“Saya masih ingat lagi YB Pengerang (Azalina) bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO yang menjadi viral yang mana dia menyatakan Perdana Menteri mesti dialah yang melantik orang kita sebagai peguam negara.
“Jadi, inilah hasilnya. Orang dia yang digunakan. Jadi, kita perlu bersihkan ini supaya tidak ada lagi persepsi yang negatif terhadap cabang perundangan negara kita,” katanya sambil menambah perkara ini perlu diberi perhatian.
Susulan itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(6) terhadap ketua Srikandi Bersatu itu yang menyatakan bahawa tiada ahli Dewan Rakyat boleh mengaitkan motif tidak wajar kepada sesorang ahli lain.
Shahar turut mengkritik Mas Ermieyati kerana didakwa berhujah berdasarkan hearsay dan menegaskan dia sepatutnya lebih arif selaku Pengerusi PAC.
“Adakah yang berhormat suka mengambil perkara yang hearsay untuk membawa (isu) ke dalam Dewan?
“You (kamu) sebagai Pengerusi PAC, sepatutnya kalau yang berhormat betul-betul (ada maklumat), gunakan media di luar,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment