NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 platform ekonomi gig gesa tangguh bentang RUU Pekerja Gig



SHAH ALAM - Sebanyak enam platform utama ekonomi gig di Malaysia menggesa kerajaan menangguhkan cadangan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang dijadual pada Disember ini.

Foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove menerusi satu kenyataan memaklumkan, penangguhan itu bagi memberi ruang kepada pihaknya berdialog dengan kerajaan untuk memastikan rangka kerja yang menyeluruh demi manfaat pekerja sektor berkenaan.

“Sebagai pemegang taruh utama dalam ekonomi gig di Malaysia, kami mengiktiraf usaha kerajaan dalam melaksanakan inisiatif ini. Namun, pemain industri iaitu kami dan pekerja gig tidak dirujuk dalam proses merangka RUU ini.

“Setakat ini kami juga tidak menerima draf penuh cadangan pindaan ini, tambahan pula proses maklum balas (yang diberikan) terhad. Jadi, kami bimbang RUU ini tidak memanfaatkan semua aspek ekonomi gig.

“Kami kekal komited untuk mengadakan libat urus melalui dialog bersama kerajaan bagi menjayakan objektif yang diinginkan dan akhirnya memberi manfaat “Jadi, kami percaya, dengan mengadakan dialog bersama kerajaan dan melanjutkan tempoh masa sebelum RUU dibentang akan membantu merealisasikan usaha untuk memberikan manfaat kepada pekerja ekonomi gig ini,” kata kenyataan bersama itu pada Khamis.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman sebelum ini dilapor berkata, satu draf RUU mengenai kumpulan pekerja sektor ekonomi gig akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Menurutnya, Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai cadangan menggubal akta baharu khusus untuk pekerja industri berkenaan sudah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemah Menteri pada 12 Julai lalu.



Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo