Seramai 189,580 orang atau 45.7% daripada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah membuat bayaran balik merupakan kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, angka itu adalah daripada jumlah keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos lalu.
Beliau berkata, baki 225, 529 peminjam atau 54.3% daripada jumlah keseluruhan itu pula tidak termasuk dalam kumpulan penerima STR.
“PTPTN hanya mempunyai data peminjam yang diperoleh semasa peminjam membuat permohonan dan masih belum mempunyai pendapatan,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Jerantut yang meminta kerajaan menyatakan berapa ramai peminjam PTPTN daripada kalangan 430,000 peminjam yang masih tidak membayar hutang PTPTN, sudah bekerja dan gajinya melebihi RM3,000 dan bilangan peminjam kategori ini dari kawasan Jerantut.
Tambah Zambry, seramai 1,710 peminjam di bawah Parlimen Jerantut yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN berjumlah RM38.17 juta setakat 31 Ogos lalu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment