NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Fayhsal mahu berdebat dengan Rafizi di platform neutral



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk isu mencetak wang dan BlackRock.

Beliau bagaimanapun tidak berminat berdebat dengan Timbalan Presiden PKR itu sekiranya diadakan di pod siar (podcast) di bawah kendalian Rafizi.


Sebaliknya, Ketua Armada Bersatu itu mahu debat dijalankan dalam platform neutral seperti anjuran sebuah akhbar seperti kelaziman.

“Saya tak nak pergi ke podcast ‘terbakar’ beliau itu. Sediakan platform neutral, tak perlu ke BernamaSinar Harian pun cukup kalau Sinar Harian sudi untuk sediakan platform neutral.

“Biar saya ‘bergomol’ dengan Rafizi dalam hal ini,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.


Podcast ‘terbakar’ merujuk kepada podcast ‘Yang Bakar Menteri’ di bawah kendalian Rafizi.


Semalam, Rafizi membidas cabaran Wan Fayhsal yang mempelawanya berdebat di siaran televisyen arus perdana.

Mempertahankan tindakannya berdebat di platform podcast, Menteri Ekonomi itu menjelaskan kadar bayaran siaran televisyen sangat mahal.

Kelmarin, Wan Fayhsal berkata, beliau mahu berdebat dengan Rafizi di platform televisyen arus perdana seperti dilakukan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo