NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO-DAP ‘pilot’ Kerajaan Perpaduan, yang lain hanyalah ‘passengers’

Nur Jazlan Mohamed berkata bagi berlaku adil PH juga perlu menuntut penubuhan kerajaan perpaduan di Sarawak.



PETALING JAYA
Nur Jazlan Mohamed sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mendakwa PKR dan Amanah hanya sebagai ‘penumpang’ dalam Kerajaan Perpaduan diterajui Umno dan DAP.

Menurut ahli majlis kerja tertinggi Umno itu, Amanah dan PKR sering membuat tuntutan seolah-olah mereka parti dominan walhal parti cuba merebut peluang tanpa menyumbang secara signifikan.


Realitinya, mereka ini hanya ‘passengers’ yang nak rebut kerusi dalam kapal terbang yang dikemudi dua ‘pilot’ iaitu Umno dan DAP,

 katanya di Facebook.

Tulisan terbaharunya itu berkait desakan segelintir ahli dalam Pakatan Harapan (PH) supaya kerajaan perpaduan di Johor susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK Mahkota, minggu lalu.


Ahad lalu, Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda menggesa penubuhan kerajaan perpaduan untuk mengekalkan momentum perpaduan dan sokongan rakyat, selain kesepakatan pada kempen PRK terbabit.

Nur Jazlan menegaskan Johor bukan negeri ditubuhkan atas persefahaman kerajaan perpaduan sebaliknya lebih kepada kerjasama BN dan PH di peringkat Persekutuan, yang menegaskan keadaan itu sama dengan di Sarawak.

Kalau betul PH nak berlaku adil, patutnya minta Bang Non (Perdana Menteri, Anwar Ibrahim) tuntut juga dari Abang Jo (Premier Sarawak, Abang Johari Openg) supaya buatkan Kerajaan Perpaduan di Sarawak sebab GPS (Gabungan Parti Sarawak) adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini,

 katanya..

Menyentuh isu politik di Johor, di mana Amanah dilihat membuat tuntutan tidak seimbang dengan kekuatan mereka, Jazlan beranggapan parti itu yang hanya ada satu kerusi tidak layak duduk di meja utama politik Johor dan Kerajaan Perpaduan.


Malah tambahnya, bukan hanya peringkat Johor, PKR dan Amanah bukanlah parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan`poker politik’ di peringkat Persekutuan.

“Amanah dengan hanya 8 kerusi Parlimen tapi nampak gelojohnya tak boleh bawa berbincang macam mereka kuasa besar.

Bagi saya hanya Umno, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak bluff, bila nak raise dan bila nak ambil risiko,

 tambahnya.



Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo