Saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan Suhaimi berhubung prestasi kerajaan GRS.
Pembangunan infrastruktur yang mampan
Projek-projek infrastruktur yang dilaksanakan, termasuk pembinaan jalan, bekalan air bersih, dan elektrik, telah mula menunjukkan kemajuan yang positif dan mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Sabah.
Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, terutama kemudahan asas yang kritikal iaitu bekalan air dan elektrik.
Kerajaan Negeri membuktikan komitmen ini dengan penyediaan peruntukan terbesar dalam Belanjawan Negeri 2024 iaitu sebanyak RM2.63 bilion, dengan RM1.72 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya Sabah dan jabatan di bawahnya.
Penyelesaian bagi kebanyakan isu memerlukan masa dan perancangan yang teliti. Sepanjang tempoh empat tahun, kerajaan negeri telah mengutamakan infrastruktur yang memiliki prioriti seperti loji-loji rawatan air dan jalan-jalan perhubungan yang penting. Semua usaha-usaha ini penting untuk pembangunan jangka panjang Sabah.
Mengurangkan jurang pembangunan
Kenyataan tentang jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia adalah topik yang kompleks. Menuduh GRS tidak berusaha dalam merapatkan jurang ini adalah satu tuduhan yang terburu-buru, tanpa melihat inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Beberapa hari lepas, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata Sabah akan mendapat tempat utama dalam Belanjawan 2025, terutamanya apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim cukup mementingkan usaha untuk membasmi dan jurang kemiskinan di Sabah. Semua ini dapat dicapai hasil daripada hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Pada masa yang sama, GRS berusaha mengurangkan jurang tersebut melalui pelbagai inisiatif dan program. Pengumuman tentang usaha penghapusan kemiskinan tegar adalah inisiatif yang perlu kita sokong, dan usaha untuk melaksanakan Rumah Sabah Maju Jaya adalah langkah seterusnya untuk menyokong golongan yang memerlukan.
Selain itu, kutipan hasil negeri menunjukkan peningkatan yang signifikan, dengan kutipan RM5.44 bilion pada tahun 2021, RM6.96 bilion pada tahun 2022, dan RM6.97 bilion pada tahun 2023. Apa unjuran yang digunakan oleh ketua penerangan Umno Sabah untuk menganggap kerajaan ini telah gagal?
Kestabilan politik dan kerjasama strategik
Krisis politik adalah cabaran yang dihadapi oleh semua kerajaan, bukan hanya GRS. Saya percaya GRS telah memainkan peranan yang penting dalam menjaga kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan. Pada peringkat kerajaan negeri pula, GRS berjaya memimpin parti-parti politik untuk bersama-sama membangunkan negeri Sabah.
Kestabilan politik tidak hanya terletak pada kesatuan parti, tetapi juga pada kemampuan untuk berkolaborasi dan membina hubungan yang produktif dengan parti-parti lain. Ketua menteri telah menunjukkan komitmen untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan rakyat Sabah.
Pembangunan ekonomi yang terarah
Berkaitan hal pertumbuhan ekonomi, GRS telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor-sektor utama seperti pelancongan dan perikanan. Pertumbuhan ekonomi Sabah menunjukkan pemulihan yang positif, dengan kadar pertumbuhan negatif 7.5% pada tahun 2020 beransur pulih kepada 1.5% (2021), 3.5% (2022), dan 4.0% (2023).
Seandainya kita melihat kepada KDNK negeri yang meningkat dari RM77.8 bilion pada tahun 2020, kepada RM78.9 bilion pada tahun 2021, dan RM81.9 bilion pada tahun 2023, tidak ada sebab untuk mengatakan kerajaan ini gagal.
Pada masa ini, kita juga perlu mempertimbangkan bahawa banyak projek dalam fasa pembinaan, seperti loji-loji rawatan air (LRA) dan lebuh raya Pan Borneo, yang akan memberikan impak positif dalam jangka masa pendek dan sederhana.
Jangan rosakkan semangat kerjasama
Kritikan yang dilontarkan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. GRS komited untuk membawa kemajuan kepada Sabah dan sedang berusaha untuk mengatasi cabaran yang ada.
Mari kita bersama-sama berusaha untuk memajukan negeri ini dengan cara yang konstruktif, dan bukannya merosakkan semangat kerjasama yang diperlukan untuk kemajuan Sabah.
Berkat usaha dan inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri, kita berada pada landasan yang betul dan semakin berdaya saing mengikut acuan dan hala tuju Sabah Maju Jaya.
NIZAM ABU BAKAR TITINGAN ialah pembantu menteri kepada ketua menteri Sabah.
Sumber | Malaysiakini
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Kami ingin memaklumkan kepada semua orang di kawasan Kepong & Selayang tentang keberadaan Datuk Yip Kum Fook, kerana lelaki ini sangat jahat dan menipu orang semasa menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong...dia memang bangga dengan diri sendiri dan terganggu mereka yang berniaga kecil-kecilan seperti menjual makanan di tepi jalan, dia selalu menelefon DBKL untuk mengganggu orang dan meminta wang.
ReplyDeleteKami faham kenapa anda perlukan wang kerana anda hanya menjalankan kedai perabot di sudut Taman Daya berhampiran Taman Desa Jaya....anda dapat duit dari orang ramai dan mengganggu mereka tanpa segan silu dari Allah (Tuhan)
Sekarang ramai orang menyiarkan dan berkongsi maklumat anda di laman web internet supaya semua orang tahu tentang anda tetapi memberi wang kepada seseorang untuk memadamnya, adalah pemikiran yang buruk dalam ajaran agama.
Rumah aku dekat rumah Simon Low Kok Meng dan kedai perabot kau, tempat tu kuil Hindu tapi kau bakar habis, kuil Hindu kena pindah ke lokasi lain.
Dari …Fatt, kedai makan, Jalan besar kepong
DATUK YIP KUM FOOK sangat bodoh kerana menendang sami Buddha dari Kuil dan melaporkan serta membawa polis ke Kuil Buddha, ini adalah peguam yang lebih bodoh, sami Buddha mengamalkan Dhamma, dan melakukan meditasi untuk membuat fikiran tenang
ReplyDeleteRamai penganut agama Buddha yang sangat marah dan berkongsi di internet, juga ramai yang mengatakan bahawa Taman Desa Jaya, Kepong telah menjadi kawasan hitam kerana semua orang tahu tentang Datuk Yip Kum Fook dan Simon Low Kok Meng lakukan.
Ramai orang kata Simon Low Kok Meng tidak ada kerja sejak muda hingga ke hari ini, umurnya kini 61 tahun, dan bergantung kepada Datuk Yip Kum Fook dan memberi sahaja, Datuk Yip berkata sesuatu, dia hanya perlu mengikut, dia. tidak boleh berkata tidak.
VEN. PHRA PIYADHAMMO berkata dia adalah salah seorang yang berlaku pada hari itu, Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya (polis dan samseng) untuk menendang saya keluar dari Kaabah(Kuil) tetapi saya tidak mahu meninggalkan Kaabah(Kuil) sekarang kerana saya sedang menunggu Guru untuk kembali tetapi Datuk Yip Kum Fook dan pasukan tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sami Buddha itu
Semua orang perlu berhati-hati dan jika anda mengenali mereka, sila jauhi mereka kerana di hadapan anda, mereka sangat peramah tetapi di belakang anda, mereka meneliti dan mengetahui apa yang anda lakukan, ramai kawan saya telah ditipu oleh mereka di Kepong
Dari Danny Lim
Shared by K H LOW AGENCY · K H TEO AGENCY SERVICES · K I United Motor Workshop Sdn Bhd ... LEE KOK MENG AGENCY · LEE LAY ENG · LEE LAY SEE · LEE LAY SEE · LEE MIAU TAN