NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC: “Kenapa begitu taksub dengan silibus pendidikan luar negara?” – PERKASA




BANGI, Khamis – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengulangi pendirian menolak sebarang usaha tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

 

Justeru, presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali mempersoalkan tindakan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)  yang begitu taksub dengan silibus pendidikan dari luar negara itu.

 

“UEC sudah diterima oleh institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan syarikat swasta, apa lagi nak?

 

“Kamu nak pengiktirafan kerajaan tetapi pada masa sama tidak mahu ikut silibus Jabatan Pendidikan.

 

“Kamu lebih taksub dengan silibus pendidikan luar negara. Mana mungkin kerajaan perlu iktiraf UEC,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

 

Sebelum ini, Jiao Zong dan Dong Zhong dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Fadhlina untuk membincangkan beberapa isu termasuk bantahan untuk penyelarasan silibus subjek Bahasa Melayu dan pengiktirafan UEC.

 

Kedua-dua NGO itu dilaporkan berpuas hati dengan perjumpaan tersebut.

 

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Syed Ali berkata desakan berterusan yang dibuat oleh NGO terbabit ibarat “diberi betis hendak peha” kerana sering membuat pelbagai tuntutan yang dianggap tidak munasabah.

 

“Ya, kamu semua bukan orang jahat.

 

“Tetapi kamu menganjurkan pendidikan tidak ikut silibus negara sehingga anak-anak itu tidak fasih Bahasa Kebangsaan dan tidak bercampur dengan pelajar kaum lain di Sekolah Menengah Persendirian Cina.

 

“Begitu juga tidak mahu akur dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk guna pakai silibus Bahasa Malaysia di SJKC, maka itu semua bukanlah tindakan yang baik,” tambahnya.

 

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) dilihat amat taksub dengan silibus pendidikan negara luar sehingga menuntut kerajaan untuk mengiktiraf sijil pendidikan bersama (UEC) di Malaysia. 

 

Susulan itu, PERKASA menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan melayan tuntutan Dong Zhong tersebut. 

 

Menurut presidennya, Syed Hassan Syed Ali, pihaknya tidak hairan dengan kunjungan Dong Zhong bertemu dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada baru-baru ini. 

 

Katanya, PERKASA sudah begitu memahami akan perangai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan kerana mereka terus meminta pelbagai lagi tuntutan walaupun sudah diberi apa yang diminta.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo