NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada tindakan terhadap Bloomberg setakat ini, kata Fahmi




Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan setakat ini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap media antarabangsa, Bloomberg berhubung laporannya berkaitan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Fahmi yang merupakan jurucakap kerajaan menegaskan hak media untuk memetik sumber dalam berita, namun pada masa sama membangkitkan hak untuk memberi maklum balas terhadap laporan tersebut.

“Perdana menteri tak ambil apa-apa tindakan setakat ini atau memaklumkan kabinet,” katanya dalam sidang media hari ini.

“Media ada hak untuk buat laporan serta merahsiakan dan melindungi sumber mereka. Tapi kita juga harap media beri hak untuk memberi jawapan atau right to reply,” katanya lagi.

Pada bulan lalu, Bloomberg menyiarkan laporan memetik tiga sumber yang tidak dinamakan yang mendakwa Anwar mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk tidak menyiasat pembelian saham syarikat HeiTech Padu Bhd oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak 

HeiTech Padu adalah syarikat penyedia perkhidmatan teknologi dan dikaitkan dengan projek sistem imigresen yang baru bernilai RM1 bilion.

Pada Mac lalu, Farhash didakwa membuat pelaburan hampir RM40 juta dalam HeiTech Padu selepas syarikat itu disenarai pendek untuk kontrak kerajaan.

Fahmi juga memberi peringatan kepada media berhubung penggunaan tajuk bersifat sensasi, atau clickbait, yang tidak mencerminkan kandungan berita secara tepat.

“Kadang-kadang saya lihat ini dan teguran bukan hanya di kalangan jemaah menteri tetapi juga di media sosial, mengenai perbezaan antara tajuk yang clickbait dengan kandungannya.

“Saya tidak akan sentuh (secara khusus) tapi saya harap rakan-rakan media boleh adakan perbincangan mengenai kesesuaian pemilihan tajuk berita dan juga jika ia seiring dengan kandungannya.

“Terserah kepada rakan-rakan media untuk bincangkannya,” katanya lagi.

Pada Julai lalu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengumumkankementerian itu sedang memuktamadkan penubuhan Majlis Media Malaysia yang dianggotai wakil dari industri media, ahli akademik dan NGO.

Majlis itu bertujuan melaksanakan etika pelaporan, memberdaya kerjaya kewartawanan dan memastikan pelaporan yang bertanggungjawab.



Sumber | Malaysiakini










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo