Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Khairul Rizam Abu Samah. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2023 |
KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi membolehkan Ahli Majlis secara lantikan diwujudkan bagi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP), Khairul Rizam Abu Samah berkata, kepimpinan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL wajar diberikan ruang dan peluang untuk menjayakan reformasi institusi demi kemaslahatan warga ibu kota.
“MBWP menaruh sepenuh keyakinan dengan usaha dan inisiatif pembangunan yang digerakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif.
“Kepimpinan dua pemimpin ini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan Kuala Lumpur sebagai ibu kota negara progresif melalui pendekatan pembangunan berteras komuniti dan menjadi bandar model mengangkat kelestarian alam.
“Sebarang pindaan akta itu wajar diteliti semua pihak berkepentingan dengan menekankan isu kelompongan polisi dan dasar utama dalam memandu hala tuju pembangunan lebih 500,000 warga belia di sini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata, kerajaan dicadang meminda Akta Ibukota Persekutuan 1960 bagi membolehkan Ahli Majlis dilantik sama seperti dilaksanakan oleh PBT seluruh negara.
Teresa berkata, akta yang diguna pakai oleh Kuala Lumpur tidak sama seperti PBT dan sebab itu Ahli Majlis tidak boleh dilantik di wilayah berkenaan.
Selain itu kata Khairul Rizam, MBWP merakamkan penghargaan kepada DBKL atas tindakan pantas dan efisien dalam menangani isu banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Kecekapan DBKL dalam melaksanakan langkah-langkah mitigasi, termasuk penyelenggaraan sistem perparitan dan pengaktifan segera pasukan tindak balas kecemasan berjaya mengurangkan impak banjir kepada warga kota,” katanya.
Menurutnya, MBWP sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat untuk menangani risiko bencana alam susulan peralihan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.
“MBWP komited untuk memainkan peranan aktif dalam menggerakkan kesedaran awam serta membantu penyelarasan bantuan kecemasan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment