Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pandangan Faiz tidak relevan memandangkan dia dilihat hanya sekadar individu yang kecewa setelah gagal dalam politik.
Dia diberi peluang untuk bertanding tetapi tidak berjaya dan akhirnya kecewa jadi ini pandangan orang yang kecewa, jadi seruan dia itu tak masuk akal, sebabnya memang Perikatan Nasional adalah wadah terbaik,katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan Faiz Na’aman yang kini ahli biasa PKR membuat pelawaan tersebut selepas kekalahan besar calon Bersatu berturut-turut dalam PRK Mahkota dan PRK Nenggiri.
Menurutnya, kekalahan itu isyarat jelas penolakan yang semakin meningkat terhadap parti itu dalam masyarakat Melayu.
Dakwanya, sejak bersama PAS, Bersatu semakin terpinggir malah tersasar daripada matlamat asalnya untuk menggalakkan masyarakat lebih sederhana dan sebaliknya mengamalkan retorik ekstrem.
Kenyataannya itu mengulas satu lagi kekalahan PN di mana Syed Hussien Syed Abdullah dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon dari Bersatu, Haizan Jaafar dengan majoriti besar 20,648 undi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Bersatu Selangor Mohd Rafiq Abdullah berkata pelawaan Faiz Na’aman itu tidak wajar dipertimbangkan.
Katanya, Faiz sepatutnya melihat dirinya terlebih dahulu yang menikmati pelbagai imbuhan dan peluang dalam politik diberikan oleh Bersatu.
Dia dapat macam-macam imbuhan semasa dalam Bersatu. Jadi, sebelum beri pandangan, rujuk dulu segala kenyataan dia sebelum keluar parti dan menyertai PKR.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment