NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Subsidi RON95 ditarik sudah dijangka sejak PRK Mahkota - Fadhli



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri sudah mengesahkan untuk subsidi RON95 ditarik balik dalam Belanjawan 2025, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari.

Menurutnya, beliau sudah menyatakan perkara itu semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota baru-baru ini.

“Sewaktu kempen PRK Mahkota yang lalu, saya sudah menyatakan bahawa kemenangan UMNO/BN dalam PRK itu nanti akan memberikan ‘laluan selesa’ untuk subsidi RON95 ditarik balik di dalam pembentangan Belanjawan 2025 dan kenaikan harga di stesen minyak akan berlaku.

“Hari ini, Perdana Menteri sudah mengesahkan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Tahniah semua rakyat Malaysia!” katanya dalam kenyataan media sosialnya hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi RON95 itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Pada 10 Jun lalu, kerajaan menyelaraskan harga diesel mengikut harga pasaran dengan harga permulaan di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 seliter.- MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo