NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR tiada kuasa siasat dakwaan Shamsul, kata peguam kanan




Peguam kanan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi boleh dilibatkan dalam pendedahan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.  

 

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata tugas SPR sudah pun selesai dari segi mengadakan pilihan raya dan mengumumkan keputusannya. 

 

“Daripada sudut pilihan raya, SPR sudah menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mengumumkan keputusan pilihan raya tersebut dan kemudian menggazetkan keputusan. 

 

“Apabila tergazet, wakil rakyat mengangkat sumpah di Parlimen. Selepas digazet tidak ada cabaran yang dibuat terhadap kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

“Di tahap ini tidak ada asas perundangan untuk sesiapa mengatakan kononnya perkara ini perlu dibawa ke SPR. SPR kini tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan kerusi berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada TV Pertiwi mengulas kebimbangan anak Timbalan Perdana Menteri itu, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berhubung kerusi Parlimen bapanya. 

 

Nurulhidayah pada Isnin mengecam pengakuan Shamsul Iskandar yang mendakwa terpaksa memberi laluan kepada Zahid untuk memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk.

 

Shamsul Iskandar membuat pengakuan itu dalam satu audio siar yang tular di media sosial mendakwa menerima panggilan telefon daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 

Beliau mendakwa Anwar meminta kerusi Bagan Datuk diserahkan kepada Zahid agar sebuah kerajaan campuran dapat dibentuk di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.       




Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo