NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setpol PM: Tiada isu Anwar ‘terima baik’ maaf Najib




Setiausaha Politik Menteri Kewangan mengingatkan tidak timbul isu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik permohonan maaf Datuk Seri Najib Razak. 

 

Kamil Munim berkata, apa jua kenyataan Perdana Menteri, kerosakan besar negara akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan berubah. 

 

“Tidak timbul isu Perdana Menteri terima maaf atau tidak. Apa yang disebut Perdana Menteri ialah beliau ‘terima baik’ permohonan maaf yang dibuat. 

 

“Ia ternyata tidak mengenepikan malah mengubah fakta bahawa negara menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal 1MDB.

 

“Tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Proses keadilan harus dan mesti ditegakkan,” coretnya di laman X miliknya semalam. 

 

Beliau mengulas kenyataan peguam Latheefa Koya yang mendakwa Anwar tidak mempunyai kuasa menerima permohonan maaf Najib. 

 

Katanya, Najib menegaskan beliau tidak bersalah maka permohonan maaf Anwar seakan membenarkan jenayah bekas presiden UMNO itu.  

 

“Oleh kerana Najib masih menegaskan beliau tidak bersalah, penerimaan Anwar itu membenarkan jenayahnya,” coretnya di laman X semalam. 

 

Latheefa mengulas permohonan maaf Najib yang disampaikan melalui anaknya, Datuk Seri Mohamad Nizar di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur Khamis lalu. 


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo