NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekadar ambil ‘langkah popular’, Anwar tidak sesuai jadi Menteri Kewangan – Zaid




BANGI, Jumaat – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi Menteri Kewangan.

 

Menurut beliau, jawatan itu lebih sesuai disandang oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani atau Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

 

Jelasnya, negara ini perlu melalui proses rombakan besar-besaran menerusi pendekatan yang tidak popular dan Anwar dilihat tidak akan memilih jalan ini.

 

“Negara ini perlu diperbaharui, bagaimanapun ia adalah langkah tidak popular. Anwar adalah seorang pemimpin yang ‘bernilai’ untuk melakukan langkah-langkah rumit ini dan ia boleh menyeabbkan beliau menjadi tidak popular.

 

“Sebab itu kita perlukan menteri kewangan baharu untuk melaksanakan langkah-langkah tidak popular ini, termasuk mengorbankan karier politiknya,” katanya menerusi ciapan di X.

 

Mengulas lanjut, Zaid berkata, orang ramai dijangka tidak akan begitu teruja dengan Pembentangan Belanjawan 2025 kerana mereka yang mengharapkan perubahan struktur dan fiskal demi kebaikan jangka masa panjang akan berasa kecewa.

 

Selain itu, katanya, mereka yang berharap untuk mendengar pengumuman berkaitan sokongan ‘jaringan keselamatan’ untuk golongan berpendapatan rendah dan mahu melihat peningkatan dari segi pendapatan negara juga akan hampa.

 

“Penyelesaian yang tidak popular adakan yang negara ini perlukan tetapi Anwar tidak akan memilih jalan itu,” ujarnya.

 

Menurut Zaid, terdapat lima ‘formula’ untuk mengembalikan kewangan negara di landasan betul termasuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka akan menyumbang RM30 bilion.

 

Selain itu katanya, penarikan subsidi bahan bakar dan elektrik dijangka akan menambah sebanyak RM50 bilion dan kerajaan perlu menaikkan kadar gaji di sektor swasta.

 

“Hanya menteri kewangan yang berani sahaja boleh selamatkan negara ini, tetapi ia satu tugas yang berisiko.

 

“Sebab itu kita tidak boleh letakkan pemimpin yang berharga memegang portfolio itu. Cari orang lain yang boleh melaksanakan tugas ‘kotor’ itu demi masa depan negara,” tambahnya.





Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo