NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah perlu kaji tambah kerusi Parlimen, kata Hajiji

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, sudah tiba masanya kajian dilaksana bagi menambah bilangan kerusi Parlimen di Sabah.




KOTA KINABALU
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35% atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, sudah tiba masanya kajian dilaksana bagi menambah bilangan kerusi Parlimen di Sabah.

Katanya, jumlah kawasan DUN sebelum ini ditambah 13 daripada 60 sekali gus menyaksikan sebanyak 73 kerusi dipertanding pada PRN lepas.

Saya fikir sudah cukup syarat untuk kita mengkaji bilangan tambahan kerusi Parlimen,

 katanya kepada pemberita di Universiti Malaysia Sabah hari ini.

PRU15 pada November 2022 menyaksikan 25 kerusi Parlimen dipertanding di Sabah.

Hajiji berkata, Sabah dan Sarawak menyuarakan hasrat itu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 12 Sept lepas.

Katanya lagi, beberapa siri perbincangan antara Sabah dan Sarawak diadakan bagi memastikan kuota itu dikembalikan kerana ia amat diperlukan.

InsyaAllah, kita kena lihat dari segi keadaan kawasan kependudukan dan keluasan untuk Sabah,
 katanya.


Ini juga untuk imbangan serta memastikan kepentingan wilayah Sabah dan Sarawak diambil kira apabila membuat atau memperkenal sesuatu Perlembagaan dalam Parlimen.

Hajiji berkata, Sabah juga ada mencadangkan pertambahan kerusi bagi memenuhi kuota itu, namun tidak menyatakan jumlahnya.

Premier Sarawak Abang Johari Openg baru-baru ini menggesa kerajaan persekutuan agar mengembalikan kuota 35% atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi Parlimen kepada kedua-dua negeri.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo