Ahli Parlimen PKR menggesa Khazanah Nasional mengubah strategi pelaburan selepas dilaporkan rugi dalam penjualan saham syarikat Fashion Valet.
Hassan Karim berkata, selepas kerugian itu, Khazanah seharusnya meneliti pelaburan mereka ke arah bidang yang lebih menguntungkan.
“Fungsi dan terma rujukan Khazanah patut dilihat semula. Khazanah tidak wajar menjadi pengurus portfolio.
“Khazanah seharusnya melabur dalam industri strategik seperti air, pertahanan dan keterjaminan makanan,” katanya menerusi pesanan ringkas kepada TV Pertiwi.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu diminta mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan yang memaklumkan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalami kerugian.
Kementerian itu memaklumkan dua agensi tersebut kerugian selepas menanam modal RM47 juta pada 2018 dalam syaikat Fashion Valet.
Katanya, jumlah kerugian itu amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana Khazanah dan PNB pada tahun berkenaan.
“Penjualan itu adalah langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik.
“Ia akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan,” katanya.
Jawapan bertulis itu sebagai respon kepada Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin yang ingin mengetahui jumlah pelaburan dan kerugian yang dialami Khazanah dan PNB.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
kenapa sih indonesia sekarang ini? selain masalah politiknya, ada juga masalah pencemaran lingkungan. padahal sudah jelas kalau indonesia adalh tisu ramah lingkungan yaitu tisu plenty dan tisu see-u
ReplyDelete