NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Reformasi perkhidmatan awam perlu bermula dengan amalan telus lantikan berkait politik



SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyuntik falsafah berteraskan tamadun murni dengan meletakkan pembudayaan yang berpaksikan integriti, transparensi dan produktiviti terhadap pelantikan ahli politik.

Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH), Dr Helmi Ibrahim berkata, ia sesuai dengan Falsafah Madani yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memenangi pilihan raya lalu.

"Beliau memenangi pilihan raya dengan membawa falsafah transformasi politik, pentadbiran pembangunan dan pengurusan ekonomi negara.

"Justeru, amatlah baik jika Perdana Menteri memulai dengan menyuntik falsafah ini dengan mengimplementasikanya dalam proses lantikan politik," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng berkaitan tiga anggota polis yang ditahan berhibur di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada awal pagi 5 Oktober lalu dan disahkan positif dadah serta memperoleh bahan terlarang itu.

Beliau berkata, jika kes itu menunjukkan ada anggota keselamatan yang tidak berintegriti terlibat dalam sindiket yang besar.

Ujarnya, siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengenal pasti bagaimana anggota tersebut memperoleh dadah dan sumber kewangan yang digunakan untuk menyokong aktiviti haram itu.

Mengulas lanjut, Helmi memaklumkan, dapatan kajian Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengenal pasti terdapat sebanyak 95 lantikan politik dalam badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah pentadbiran Anwar.

Justeru katanya, meskipun jumlah tersebut tidak seramai seperti pentadbiran yang lalu, namun ia perlu diberi perhatian.

"Kita mengambil kira bahawa Anwar membawa agenda reformasi, justeru aspek ini perlu dibuktikan secara empirikal.

"Terdapat beberapa aspek dan kategori lantikan politik iaitu jawatan politik, pentadbiran awam, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta tugas khas mewakili negara," ujarnya.

Justeru itu, Helmi menegaskan, Anwar perlu menjadi contoh dan teladan dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan parti.

Ujar beliau, ia boleh dilaksanakan menerusi iklan terbuka dan temuduga telus khususnya untuk jawatan yang tidak berkaitan dengan politik atau parti seumpamanya.

"Dengan cara ini lebih ramai yang dapat memohon dan seterusnya menampilkan senarai selektif berpandukan kualiti.

"Sebagai pemimpin nombor satu negara dan negarawan antarabangsa, Anwar perlu berjiwa besar dengan 'walk the talk'," katanya.



Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo