NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramai dari Umno masih pegang jawatan lantikan politik - pemimpin Bersatu



Seorang pemimpin PN berkata dakwaan bahawa jumlah lantikan politik di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim lebih rendah berbanding pendahulunya adalah mengelirukan.

Merujuk kepada laporan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Setiausaha PN Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais, berkata, Umno mendominasi lantikan politik, dengan 410 individu memperoleh jawatan ketika pentadbiran lalu.

"Jika ramai lantikan dari Umno, terutamanya dari pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin, terus memegang jawatan mereka, ini mencadangkan bahawa pendekatan kerajaan Anwar Ibrahim mungkin lebih kepada mengekalkan status quo daripada menunaikan janji-janji reformasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan badan pemikir Ideas yang mengatakan kadar lantikan politik di bawah pentadbiran Anwar adalah kedua terendah berbanding pendahulunya.

Laporan tersebut menunjukkan kedudukan dari tertinggi ke terendah: Najib Razak (301), Ismail Sabri Yaakob (273), Muhyiddin Yassin (186), Anwar (95), dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh keduanya sebagai perdana menteri (86).

Janji reformasi

Mahathir berkata Anwar sebelum ini menegaskan pentingnya untuk menyaring pelantikan politik dengan teliti, dengan memastikan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi lain.

"Tetapi jika kerajaan telah membuat sejumlah 117 lantikan politik setakat Julai, seperti yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim, ini menimbulkan kebimbangan tentang komitmen untuk mengurangkan lantikan sebegini, terutama apabila dibandingkan dengan janji-janji reformasi yang sudah lama," tambahnya.

Mahathir berkata selama beberapa dekad, Anwar dan pendukung reformasi seperti veteran DAP, Lim Kit Siang, menggesa lantikan politik dihapuskan untuk mengutamakan tadbir urus berasaskan merit.

"Tetapi dengan lantikan politik yang berterusan dan kemungkinan mengekalkan tokoh-tokoh dari pentadbiran terdahulu, kerajaan PH-BN dilihat mengikuti jalan yang sama seperti pendahulu mereka," katanya, mempersoalkan sama ada kerajaan Anwar benar-benar menunaikan janji untuk melaukan reformasi sistem naungan politik atau hanya meneruskan amalan lama di bawah pentadbiran baru.

Merujuk kepada tempoh Muhyiddin dan Ismail Sabri sebagai perdana menteri, dia mendakwa kedua-dua pemimpin itu mengemudi negara keluar dari cabaran pandemik Covid-19 melalui "keputusan dan lantikan yang cepat" yang dibuat sebelum Anwar dilantik sebagai ketua kerajaan.

"Untuk mencemarkan usaha-usaha ini sambil menggambarkan diri sebagai lebih baik adalah tidak adil dan mengabaikan konteks kritikal yang dikendalikan pemimpin-pemimpin ini," katanya.



Sumber | Malaysiakini










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo