NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat juga kena bayar hutang 1MDB – AMK



KUALA LUMPUR – Isu pemansuhan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak boleh dilaksanakan sering dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mendapat perhatian Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengarah Komunikasinya, Haziq Azfar berkata, selain isu PTPTN, rakyat juga terpaksa menanggung hutang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang pernah menggemparkan negara.

“Perlu diingatkan juga rakyat terpaksa membayar hutang 1MDB sebanyak RM 39.74 bilion walaupun selepas penyelesaian aset (asset recovery) dan inilah yang dibelanjakan dalam kedua-dua perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan tahunan.

“Alangkah baik sekiranya perbelanjaan puluhan bilion ringgit yang terpaksa digunakan untuk membayar hutang 1MDB digunakan untuk tujuan meringankan beban pendidikan anak-anak muda dengan memperluas skop pengecualian pembayaran sekalipun kini sudah terlambat untuk menghapuskan PTPTN. 

“Walau bagaimanapun apa boleh buat, layan je lah,” sinis Haziq.

Haziq berkata demikian memberikan respon kepada kenyataan Akmal dimana BN sudah lama berpendirian bahawa pemansuhan hutang pinjaman PTPTN yang tidak boleh dilaksanakan. 

Akmal berkata, pendirian tersebut telah dijelaskan sekian lama, namun ramai yang tidak percaya, malah mengutuk kerajaan pada waktu itu.

Mengulas lanjut, Haziq berkata, sememangnya Kerajaan Persekutuan pada 2013 mempunyai keupayaan untuk menghapuskan hutang PTPTN yang hanya berjumlah RM20 bilion.

Namun ia tidak boleh dilakukan lagi khususnya selepas 2018 apabila jumlah hutang sudah mencecah lebih RM40 bilion dan terkini mencecah RM66.87.

“Ini diterangkan sendiri oleh Sdr. Rafizi Ramli dalam kempen PRU15 bahawa Kerajaan Persekutuan berupaya menghapuskan hutang PTPTN khususnya sebelum tahun 2013 melalui kaedah ‘refinance’ tetapi tidak selepas lewat daripada beberapa tahun selepas itu kerana kenaikan hutang PTPTN yang naik secara mendadak,” kata Haziq. 

Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada Selasa berkata, pemansuhan hutang PTPTN sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.

Ahli Parlimen Sepanggar itu menjelaskan, pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.

Malah menurutnya, isu pemansuhan PTPTN sudah lama dan semua parti politik pernah meletakkannya dalam manifesto parti masing-masing. – MalaysiaGazette
















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo