NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad Zarkashi bersikap ‘jumud’, label Fadhli komunis hanya kerana kata azimat




PETALING JAYA
Seorang pemimpin Umno secara sinis memuji Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari kerana menggunakan kata-kata azimat pemimpin revolusi Komunis, Mao Zedong dalam menjawab kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Mahkota, minggu lalu.

Dipetik lidah rasmi PAS Harakah Daily, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilaporkan berkata PN muhasabah dengan kekalahan calonnya Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 20,648 undi, sambil merujuk kenyataan Mao yang pernah berkata:


Kita mesti mempunyai keyakinan terhadap rakyat dan kita mesti mempunyai keyakinan terhadap parti. Ini adalah dua prinsip asas. Jika kita meragui prinsip-prinsip ini, kita tidak akan mencapai apa-apa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata tindakan Fadhli itu sebagai ‘bagus’ dan menunjukkan idea pemimpin Komunis boleh ‘digunakan’.


PAS guna tidak apa. Orang lain tak boleh. Dituduh komunis,

 katanya di Facebook sambil membidas Fadhli yang sehingga sekarang belum mendedahkan ‘post mortem’ PAS berhubung kekalahan PN pada PRK Mahkota.

Menjelang PRK Mahkota, PN Johor membuat laporan polis terhadap Puad yang membawa pemimpin Umno ke China untuk lawatan sambil belajar.

Pengerusinya Sahruddin Jamal dilaporkan berkata gabungan itu bimbang fahaman komunisme akan menular dalam kalangan ahli Umno dan juga DUN Johor, yang dipengerusikan Puad sebagai speaker.

Laporan tersebut dibuat susulan hantaran Puad di Facebook yang memperincikan lawatannya ke Sekolah Jawatankuasa Parti Perbandaran Parti Komunis China (PKC) Beijing.

Puad menjelaskan lawatan sempena memperingati 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China itu bertujuan belajar teknologi dan perkembangan ekonomi China, bukan mendalami ideologi komunis.



Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo