NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis digesa tubuh pasukan khas pelbagai agensi siasat dakwaan Anwar campur tangan SPRM



Peguam kepada bekas menteri kewangan Daim Zainuddin menggesa polis menubuhkan sebuah pasukan bertindak (task force) yang disertai pelbagai agensi bagi menyiasat pendedahan Bloomberg baru-baru ini yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada menyiasat bekas pembantunya di samping mengarahkan badan itu melancarkan siasatan terhadap musuh politik.  

Rajesh Nagarajan mempersoalkan sama ada pihak polis betul-betul serius dalam menyiasat aduan yang dibuat isteri Daim, Naimah Khalid, semalam.

"Aduan itu kini disiasat seorang inspektor di Sentul. Tetapi aduan yang dibuat ini memerlukan PM disiasat. Bolehkah inspektor menyiasat PM? Tidak mungkin," katanya selepas mengiringi Naimah ke Ibu Pejabat Polis Sentul.

Naimah menghabiskan masa dua jam sejak disoal polis, di mana beliau ditanya 20 soalan.

Semalam,  Naimah membuat laporan polis di Petaling Jaya untuk menggesa Anwar disiasat atas salah guna kuasa, berdasarkan kandungan artikel Bloomberg minggu lepas.

Bloomberg pada Khamis lalu memetik sumber sebagai berkata bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberitahu pegawainya bahawa siasatan terhadap Daim, bekas pemimpin Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya telah dilancarkan atas arahan Anwar.

Ia turut mendakwa, Azam menerima arahan daripada Anwar supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung kontroversi pembelian saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai RM1 bilion.

Pejabat Perdana Menteri dan SPRM menafikan dakwaan laporan itu.

Rajesh berkata pasukan penyiasat pelbagai agensi pernah ditubuhkan pada 2015 oleh Bank Negara Malaysia, susulan pendedahan The Wall Street Journal mengenai skandal 1MDB dan wang berbilion ringgit di dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.

"Sekiranya Bank Negara dapat melakukannya pada 2015, saya pasti polis akan dapat melakukannya pada 2024," tambahnya.

Menurutnya, pasukan penyiasat itu perlu disertai pelbagai agensi supaya ia mempunyai kuasa untuk menyoal siasat perdana menteri.

"Anda boleh bayangkan perdana menteri disoal siasat oleh seorang inspektor?" soal Rajesh.

'Adakah Anwar akan dipanggil?'

Bercakap kepada pemberita, Naimah berkata beliau menjangkakan polis akan turut memanggil suaminya berhubung laporan polis semalam.

"Jadi lepas tanya (keterangan) Daim, saya tanya dia (polis), bila nak ambil keterangan Anwar Ibrahim?"

Sebelum ini, Daim dan Naimah didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis pengisytiharan harta.

Semalam, Naimah berkata beliau dan suaminya menjadi sasaran siasatan bermotifkan politik.

"Dengan dendam politik yang tidak berkesudahan terhadap Daim, Anwar tidak teragak-agak untuk menyalahgunakan jawatannya untuk mencapai matlamat sejak mengambil alih kuasa persubahatan jeliknya bersama Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit isu rasuah," katanya.

Menurutnya, laporan Bloomberg itu mengesahkan apa yang menjadi "rahsia terbuka" selama ini.

"Kami mahu siasatan jenayah terhadap salah guna kuasa, konspirasi dan perlakuan berunsur jenayah oleh Anwar Ibrahim. Ini adalah konspirasi untuk menyasarkan musuh politik dengan memanipulasi institusi negara dan badan penguatkuasa, seperti yang dibuktikan oleh pendedahan Bloomberg," katanya.



Sumber | MalaysiaNow 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo