NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKS mungkin gulung tikar dengan gaji minimum baharu, caruman KWSP pekerja asing

Kenaikan mendadak kos operasi dikhuatiri menjerumuskan PKS ke dalam insolvensi, membawa kepada penutupan perniagaan dan kehilangan pekerjaan secara meluas.




PETALING JAYA
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia memberi amaran peningkatan kos operasi yang dijangka berikutan kenaikan gaji minimum dan cadangan caruman KWSP mandatori untuk pekerja asing mungkin menyebabkan beberapa perusahaan gulung tikar.

Presidennya, Chin Chee Seong berkata, kenaikan gaji dan cadangan caruman KWSP itu akan membebankan PKS.

Menurutnya, perusahaan-perusahaan yang ‘rapuh’ itu masih dalam proses pulih daripada kesan wabak Covid-19.

“Kenaikan mendadak kos operasi boleh menjerumuskan PKS yang bergelut ke dalam insolvensi, membawa kepada penutupan perniagaan dan kehilangan pekerjaan secara meluas,” katanya dalam kenyataan.

Chin berkata, PKS tidak mampu menyerap kos tambahan mahupun menyalurkannya kepada pelanggan, seperti perusahaan lebih besar.

Katanya, langkah menaikkan harga akan berisiko menjauhkan pelanggan, menyebabkan hasil lebih rendah dan margin keuntungan mengecil.

“(Perkara ini) akan mengancam kelangsungan perniagaan,” tambahnya.

Chin mencadangkan Putrajaya memperuntukkan dana tambahan bertujuan membantu PKS, khususnya dalam sektor intensif buruh, agar perusahaan sedemikian dapat mematuhi peraturan baharu tanpa mempertaruhkan daya maju kewangan mereka.

Beliau juga mencadangkan pengenalan program tajaan kerajaan yang menyediakan insentif kepada PKS untuk melabur dalam latihan dan peningkatan kemahiran pekerja, membolehkan mereka mengimbangi kenaikan gaji dengan peningkatan daya pengeluaran dan daya saing.

“Kami bersedia bekerjasama dengan kerajaan dalam mencari penyelesaian yang memastikan keseimbangan yang adil dan mampan antara kebajikan pekerja dengan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Ketika mengumumkan Belanjawan 2025 minggu lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju mewajibkan caruman KWSP bagi pekerja asing, yang akan dilakukan secara berperingkat.

Selain itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, mulai 1 Feb, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,700, berbanding RM1,500 pada masa ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan memberi penangguhan enam bulan bagi majikan yang mempunyai kurang lima pekerja.




Sumber | FMT Malaysia 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo