NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR Sabah fokus jadi anggota komponen Negeri Sabah



PUTATAN - Proses rundingan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun parti di Sabah mempunyai pandangan yang berbeza namun mereka juga turut berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Saya ingat perkara ini akan terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan di mana Kerajaan Perpaduan ini ada Majlis Kerajaan Perpaduan.

"Sebenarnya parti yang ada di Sabah ini walaupun ada sedikit perbezaan pandangan tapi mereka adalah anggota di dalam majlis itu termasuklah Parti Warisan (Warisan), UMNO, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan sebagainya.

"Jadi proses rundingan itu akan berlaku seperti yang diarahkan dan dipantau oleh pimpinan Pusat dan di peringkat PKR. Arahan yang saya berikan kepada jentera kita di sini ialah untuk menguatkan kehadiran dan khidmat kita kepada rakyat di bawah.

"Tak kisahlah bila pilihan rayanya, siapa, bagaimana yang penting ialah sebagai anggota utama dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Kemas16 dan Pop25 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya bagaimana kerjasama PKR dengan parti lain dalam menghadapi PRN17 susulan UMNO berminat untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) seperti yang terjalin di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi tidak mahu gerakan pilihan raya atau menyantuni rakyat bergantung sepenuhnya kepada komposisi untuk memasuki pilihan raya.

Beliau mahu PKR sebagai sebuah parti di Sabah memainkan peranan yang jauh lebih baik dalam usaha untuk membantu rakyat kerana Sabah mempunyai banyak dari segi jurang kemiskinan.

"Jadi kita tak mahu gerakkan pilihan raya atau menyantuni rakyat itu bergantung sepenuhnya kepada komposisi nak masuk pilihan raya.

"Usaha ini perlu diteruskan dan itu saya ingat yang akan ditumpukan oleh PKR Sabah iaitu menjadi anggota komponen kerajaan negeri yang baik, menjadi wakil rakyat yang baik dan menjadi pimpinan setempat yang baik.

"Urusan bagaimana komposisi gabungan masuk pilihan raya itu sudah tentu akan tertakluk kepada pertimbangan yang dirundingkan dan diputuskan di peringkat majlis di peringkat Persekutuan nanti," katanya.



Sumber | Sinar Harian 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo