NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR patut utamakan moral bukan jawatan

Puad Zarkashi menasihati Shamsul Iskandar Akin membuat laporan polis berhubung cerita ‘malam pilihan raya’ itu.




PETALING JAYA
Shamsul Iskandar Akin wajar mengutamakan moralnya berbanding jawatan perdana menteri untuk Anwar Ibrahim, kata seorang pemimpin Umno susulan pendedahan ‘jangan cabar keputusan Parlimen Bagan Datuk pada PRU15’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, berkata jika kiraan semula undi dibuat, adakah setiausaha politik kanan kepada Anwar itu akan menang.

“Ada tempat, majoriti lebih kecil dari itu tetapi ia tidak mengubah keputusan walaupun kiraan semula dibuat.

Salah Shamsul. Dia sepatutnya utamakan moral, bukan dulukan jawatan PMX (PM ke-10). Maka apa motif dia bawa cerita karut itu sekarang?,
 katanya di Facebook.


Ketika diwawancara dalam satu program audio siar baru-baru ini, Shamsul mendakwa beliau tidak mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Bagan Datuk, yang menyaksikannya kalah kepada Zahid Hamidi dengan majoriti nipis 348 undi, supaya kerajaan dapat dibentuk melalui kerjasama Umno.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata tidak wajar bagi sesiapa pun membawa naratif sendiri, memandangkan kerajaan perpaduan adalah titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Ketua Penerangan Umno, Azalina Othman Said, turut menegur Shamsul supaya menghormati proses demokrasi dan berjiwa besar menerima keputusan pilihan raya.

Justeru, Puad menasihati Shamsul membuat laporan polis berhubung cerita ‘malam pilihan raya’ itu.

Umno tidak rugi apa-apa. Bagan Datuk tetap milik Umno. Imej PMX yang calar,

 katanya.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo