NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR mahu gerakkan tenaga pakar dalam parti ‘libat urus’ bantu menteri




WAWANCARA | 
PKR akan menggerakkan kumpulan pemikir, cendekiawan dan sukarelawan parti itu untuk memberi sokongan kepada anggota kabinet mereka berkhidmat dalam portfolio masing-masing.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata itu adalah antara inisiatif baru yang akan dilaksanakannya sebagai usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Dia yang baru dilantik ke jawatan tersebut pada 15 Sept lalu berkata, ada ramai tenaga berkepakaran yang boleh dimanfaatkan oleh parti bagi membantu kerajaan.

"Saya berhasrat membantu menteri-menteri dari PKR dengan menggembleng segala sumber parti yang terdiri daripada kalangan anggota agar membantu mereka dalam portfolio masing-masing

"Bantuan itu mungkin dalam bentuk think tank (kumpulan pemikir), penyelidikan dan sebagainya.

"PKR memiliki ramai pakar yang boleh memberikan pandangan, input sebagai tambahan kepada apa yang disediakan oleh pihak kerajaan," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Temu bual itu diadakan sempena pelantikannya sebagai setiausaha agung baru PKR bagi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail yang berundur bagi membolehkan dia menumpukan usahanya sebagai Ketua Setiausaha PH.

Selain Anwar sebagai perdana menteri, terdapat tujuh pemimpin PKR yang berkhidmat sebagai anggota kabinet iaitu Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi, Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi), Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan, Dr Zaliha Mustafa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilayah Persekutuan) dan Saifuddin (Menteri Dalam Negeri).

PKR juga menduduki enam kerusi timbalan menteri, termasuk Fuziah sendiri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menurut Fuziah, langkah tersebut perlu diambil kerana harapan orang ramai kepada kerajaan perpaduan begitu tinggi.

Katanya PKR perlu memberikan sokongan kepada pasukan kerajaan dan selaku setiausaha agung dia boleh memainkan peranan tersebut.

Senator itu menambah, PKR mempunyai sejumlah besar sumber manusia yang perlu dimanfaatkan potensi terbaik mereka termasuk memudahkan kerajaan pimpinan Anwar proses membuat keputusan mereka.

Pada masa sama, bekas Ahli Parlimen Kuantan itu menegaskan, bantuan, sokongan dan input yang diberikan oleh tenaga pakar dari PKR tidak bersifat mengikat menteri terbabit, sebaliknya sekadar pandangan serta nasihat.

"Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi perspektif kepada menteri PKR mengenai reformasi," katanya.




Sumber | Malaysiakini















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo