NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH hanya adakan ‘demo’, tidak pernah janji mansuh PTPTN



Pemuda Amanah mengingatkan agar Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tidak membuat serkap jarang berhubung isu janji menghapuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sebaliknya, kata Pemuda Amanah, exco Melaka itu wajar membuat rujukan yang betul termasuk melihat dokumen rasmi PH berhubung perkara tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan.

Kata Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda, PH memang tidak pernah berjanji untuk menghapuskan hutang para peminjam PTPTN.

“PH wujud pada tahun 2015 dan setakat ini, PH baru keluarkan dua manifesto iaitu untuk PRU ke-14 pada 2018, dan untuk PRU ke-15 pada 2022.

“Dalam kedua-dua manifesto PH tersebut, tidak ada janji daripada parti untuk menghapuskan hutang PTPTN. 

“Justeru Dr Akmal jangan serkap jarang, sebaiknya rujuklah dokumen rasmi,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu Akmal dilaporkan membidas PH berhubung isu hutang PTPTN kerana BN sejak awal menegaskan bahawa ia tidak boleh dimansuhkan.

Bahkan, Adun Merlimau itu mengingatkan bahawa kerana isu berkenaan jugalah Najib Razak - yang menjadi perdana menteri ketika itu - dimakin serta dihina.

"Tapi tak nak percaya, malah kutuk lagi kerajaan ketika itu dan berbakul Najib dimaki dan dihina," katanya. 

Ucapan di Permatang Pauh

Akmal menyatakan pandangan tersebut susulan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, yang memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerajaan sukar untuk memansuhkan hutang PTPTN kerana komitmen kewangannya begitu besar.

Mustapha berkata kerajaan juga perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sebelum ini telah melunaskan tanggungjawab mereka yang dianggarkan RM76 bilion.

Menurut Hasbie, sebenarnya kenyataan dibuat Akmal itu lebih sesuai jika ia merujuk PAS yang memang menyatakan hal tersebut dalam manifesto pilihan raya mereka.

"Kenyataan beliau (Akmal) lebih merujuk kepada janji PAS dalam manifesto mereka," katanya

Untuk rekod janji berkaitan beban hutang PTPTN pernah disebut Anwar Ibrahim pada Jun 2012 iaitu ketika dia menjadi ketua pembangkang.

Presiden PKR itu dipetik media semasa berucap di Permatang Pauh, Pulau Pinang sebagai berkata, jika PRU diadakan pada tahun tersebut dan berjaya menguasai kerajaan pusat, hutang PTPTN akan dihapuskan.

Dakwa Anwar, skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi buat semua rakyat Malaysia.

Bagaimanapun ketika itu Anwar memimpin gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS dan senada dengan gagasan tersebut.

Pada April 2012, Tuan Ibrahim Tuan Man yang ketika itu menjadi Ketua Penerangan PAS menegaskan, negara tidak akan muflis jika hutang PTPTN tersebut dilupuskan jika pentadbiran dijalankan dengan cekap serta penyelewengan dihentikan.

Janji untuk menghapuskan hutang tersebut diulangi lagi oleh PAS pada 2018 melalui manifesto Malaysia Sejahtera yang digunakan parti itu untuk menghadapi PRU ke-14.




Sumber | Malaysiakini


















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo