NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peserta larian berpakaian separuh adalh liar kawalan piham penganjur - MB Johor




PETALING JAYA
Kerajaan Johor mahu polis menyiasat penganjuran acara larian melibatkan pelancong berpakaian songsang di Kota Tinggi seperti tular di media sosial.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, berkata maklum balas polis dan penganjur berkait acara berkenaan mendapati, ia bukanlah seperti dinyatakan dan kejadian berlaku dikatakan di luar kawalan pihak penganjur.

Beliau menegaskan acara itu bukan dianjurkan kerajaan negeri mahupun agensi di bawahnya.

“Kerajaan negeri memandang serius terhadap isu ini dan telah meminta siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.


Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak menganjurkan acara mencetuskan isu menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam, serta menjatuhkan imej negeri Johor secara keseluruhan,

 katanya dalam kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam.

Kerajaan negeri berharap agar isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan dan mengancam keharmonian negeri serta kesucian agama Islam.

Terdahulu, Adun Penawar Fauziah Misri berkata tular gambar peserta tidak senonoh, separuh bogel, dan mempromosi LGBT, yang didakwa berlaku pada Larian Antarabangsa Pan Asia 2024.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan saya harap orang ramai juga perlu yakin dan biarkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

Saya juga berharap pihak hotel perlu lebih berhati-hati dan teliti atas setiap penganjuran program terutama yang menyentuh sensitiviti umat Islam,
 katanya dalam catatan di Facebook.


Sumber | FMT Malaysia 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo