NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertubuhan ‘bukan Islam’ akan libat sama dalam penambahbaikan undang-undang syariah




Libat urus berkaitan penambahbaikan undang-undang syariah “akan” turut melibatkan pertubuhan bukan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Hasan.

“Berkenaan pertemuan bersama pertubuhan bukan Islam, istilah yang tepat adalah ‘akan’, dan bukannya ‘telah’ diadakan libat urus dengan beberapa NGO bukan Islam yang saya nyatakan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjelaskan maksud kenyataannya semalam berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang bakal dibentangkan bersama akta baru sebagai usaha memperkasakan institusi kehakiman.

Dalam Facebook hari ini, Zulkifli berkata  jemputan secara rasmi telah dihantar kepada kesemua pertubuhan bukan Islam tersebut.

“Hal ini selaras dengan pendirian kerajaan perpaduan yang terbuka untuk memastikan agar libat urus dibuat dengan pelbagai pihak bagi memastikan setiap isu diselesaikan dengan baik,” katanya.

Dia juga mengingatkan bahawa undang-undang syariah yang sedang diperkasakan hanya terpakai untuk mereka yang beragama Islam sahaja.

“Hakikatnya, Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sama sekali tidak terpakai kepada golongan bukan Islam kerana akta itu sendiri menjelaskan bahawa ia hanya melibatkan orang Islam sahaja,” katanya.

RUU 355 bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah bagi membolehkannya menjatuhi hukuman lebih daripada penjara RM5,000, tiga tahun penjara dan enam sebatan.

Semalam, Malaysiakini salah memetik Zulkifli dengan menyebut sesi libat urus dibuat untuk RUU Mufti WIlayah Persekutuan 2024.

Susulan itu, Persekutuan Kristian Malaysia menafikan mereka terlibat.

Malaysiakini memohon maaf atas kesilapan itu.



Sumber | Malaysiakini









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo