NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertimbang semula tarik subsidi golongan T15 - Syed Saddiq



SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan semula tindakan penarikan subsidi petrol, kesihatan dan pendidikan terhadap golongan T15.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), golongan berkenaan adalah mereka yang menerima gaji sebanyak RM12,000 ke atas tetapi isi rumah bagi kumpulan itu bukan seorang, namun mewakili 3.8 peratus individu.

“Jika ada dua orang yang bekerja bawah isi rumah tersebut, kita boleh anggar dalam RM7,000 sebulan.

"Kerajaan memaklumkan dalam belanjawan ini kumpulan yang bergajikan RM7,000 sebulan tidak lagi layak untuk mendapat subsidi petrol, pendidikan tidak kira sekolah berasrama penuh atau ke universiti awam dan juga subsidi kesihatan untuk memanfaatkan hospital awam," katanya menerusi satu hantaran video di aplikasi X pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq memaklumkan, tidak wajar untuk kerajaan menghukum golongan tersebut yang dilihat berada dalam kategori pertengahan kerana gaji bulanan hanya RM7,000 sebulan.

"Saya harap kerajaan wajar pertimbangkan perkara ini kerana ambang RM7,000 itu teramat rendah.

"Kerajaan kata kerajaan ingin perangi golongan maha kaya tetapi persoalan saya adakah mereka yang hanya menerima RM7,000 sebulan ini wajar diklasifikasikan sebagai golongan maha kaya?

"Mereka ini adalah golongan profesional, pekerja, kelas pertengahan. Saya desak kerajaan untuk pertimbangkan semula supaya mereka ini mendapat manfaat dan terus berkhidmat serta membantu membangunkan ekonomi negara kita," tegasnya.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan subsidi pendidikan secara berperingkat bagi kumpulan berpendapatan 15 peratus teratas boleh digunakan untuk menambah baik prasarana Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk manfaat semua pelajar.

Menurutnya, subsidi bagi seorang murid SBP mencecah RM15,000 setahun namun berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid di SBP adalah daripada keluarga berpendapatan tinggi.

Katanya, matlamat asal penubuhan SBP adalah untuk membantu murid cemerlang dan daripada keluarga susah serta di pedalaman mendapatkan pendidikan terbaik.

Ujar beliau, begitu juga di peringkat pendidikan tinggi di mana purata yuran pengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi ialah RM3,000 berbanding kos keseluruhan pengajian berjumlah RM30,000.

Tambah Anwar, penyasaran subsidi juga akan turut melibatkan kesihatan awam yang mana golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan perlu akur untuk mengambil pendekatan berani menyasarkan subsidi supaya tidak lagi dibelanja secara pukal.

Anwar menegaskan, langkah tersebut telah membawa penjimatan bermakna yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan lain mengambil contoh penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion daripada penyasaran subsidi elektrik, ayam (RM1.2 bilion) dan diesel (RM4 bilion).



Sumber | Sinar Harian












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo