NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perdana Menteri biadap kerana tuduh sistem kehakiman pernah bersekongkol dengan pihak berkuasa




BANGI, Isnin – Pengamal Undang-Undang, Mohamed Haniff Khatri Abdullah menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biadap apabila menyatakan sistem kehakiman negara telah dicabuli dan bersekongkol oleh pucuk pimpinan kerajaan terdahulu.

 

Beliau berkata, ini sudah kali kedua Anwar memberi gambaran negatif itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan LAWASIA ke-37 di Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu. 

 

Haniff Khatri berkata, sekiranya Anwar merujuk dakwaan itu kepada dua sabitan yang pernah dihadapkan terhadapnya ketika dahulu, maka ia adalah satu lontaran yang  tidak bertanggungjawab. 

 

Tegasnya, dakwaan bahawa sistem kehakiman pernah dicemari oleh mana-mana pihak yang menyalahgunakan kuasa sewajarnya dibuktikan secara zahir.

 

“Anwar sebenarnya perlu terlebih dahulu, perlu membersihkan namanya daripada kedua-dua sabitan, sebelum menyatakan bahawa sistem keadilan pernah dicemari pada masa lampau.

 

“Dengan mengambil nasihat daripada peguam-peguam yang tersohor dan ambil  satu tindakan sivil untuk membatalkan sabitan-sabitan tersebut dengan menyaman semua  pihak yang dikatakan  telah bersengkokol itu,” katanya di Facebook pada Ahad.  

 

Justeru, beliau berkata, tindakan menunding jari ke arah sistem kehakiman negara dengan sewenang-wenangnya tidak sepatutnya berulang lagi. 

 

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sistem kehakiman sebelum ini telah dicabuli oleh mereka yang berkuasa untuk memesongkan keadilan bagi mencapai tujuan politik jahat dan keji.

 

Kata Anwar lagi, pihaknya tidak akan membiarkan lagi tindakan penyalahgunaan dan pencabulan undang-undang seumpama itu. 


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo