NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peniaga makin ramai, pelanggan pula membeli dikala minggu gaji

Barangan segar yang dijual Nor Madiah di salah sebuah tapak pasar malam di Sungai Petani, Kedah.


SUNGAI PETANI - Hujung bulan atau minggu gaji adalah antara hari yang ditunggu-tunggu peniaga pasar malam memandangkan terdapat peningkatan jumlah pengunjung sekali gus boleh mencatat jualan memberangsangkan.

Peniaga makanan, Nor Madiah Ramli, 66, berkata, hasil jualan pasar malam tidak menentu namun mengakui ia meningkat apabila tiba minggu gaji kerana lebih ramai pengunjung hadir mendapatkan barangan.

“Kami anggap ia rezeki buat peniaga, namun bergantung pada cuaca juga. Kalau hujan, kuranglah orang, maka kuranglah juga barang niaga yang laku,” jelasnya.

Nor Madiah yang berniaga sejak lebih 10 tahun lalu menjelaskan dia pernah berhenti berniaga selama beberapa tahun selepas negara dilanda pandemik Covid-19, namun bangkit kembali untuk menambah pendapatan keluarga.

“Kalau nak dikatakan beza dulu dengan sekarang, rasanya sama sahaja kerana barang makanan tetap terjual walaupun harganya meningkat sebab ia keperluan setiap keluarga,” katanya.

Bagi penjual buah, Faris Mohd Isa, 23, persaingan dalam perniagaan berlaku di mana-mana termasuk di pasar malam, namun sekiranya peniaga berusaha menambat hati pelanggan dengan teknik dan cara pemasaran berkesan, pasti barangan akan terjual.

Jelasnya, jumlah peniaga yang semakin ramai kini berbanding dahulu, antara cabaran utama peniaga pasar malam.

“Saya rasa jumlah peniaga yang semakin ramai antara salah satu sebab yang menjejaskan perniagaan pasar malam.

“Kemungkinan ada yang sudah berhenti kerja memilih untuk berniaga. Tetapi bagi saya, berniaga cara ini pun boleh tampung keluarga dengan pendapatan lumayan.

“Jika ada usaha lebih untuk berniaga di pelbagai tapak pasar malam, lebih banyak upah akan dapat,” katanya.


Sumber | Sinar Harian 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo