NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penggunaan Mykad beli petrol bersubsidi di stesen minyak sangat kompleks, berisiko




BANGI, Khamis – Penggunaan Mykad untuk membolehkan individu layak mengisi minyak petrol RON95 bersubsidi di stesen minyak sangat sukar untuk dilakukan, kata pakar automotif, Hezeri Samsuri.

 

Dalam video yang dimuat naik dalam media sosial, Hezeri menjelaskan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika langkah itu menjadi antara pilihan untuk pelaksanaan subsidi bersasar.

 

Menurut Hezeri, cabaran pertama yang akan timbul ialah daripada aspek pemantauan yang sangat kompleks terutama dalam usaha mengenal pasti individu menyamar dengan menggunakan Mykad milik orang lain untuk mendapatkan subsidi tersebut.

 

“Kedua, sekarang kita isi minyak tidak sampai seminit sama ada dengan cara tap kad (debit atau kredit) atau secara pembayaran tunai di kaunter.

 

“Kalau guna Mykad, perlu periksa dulu sama ada dapat atau tidak, kemudian perlu buat pembayaran. (Jadi) lambat, bila lambat, beratur panjang dan orang Malaysia tak suka beratur,” katanya.

 

Tambah Hezeri, cabaran seterusnya ialah penggunaan pangkalan data yang besar kerana jumlah pengguna petrol di Malaysia adalah jauh lebih ramai berbanding diesel.

 

“Ada puluhan juta yang akan gunakan database (pangkalan data) ini. Cukup kompleks, itu pun kos. Bagaimana (pula) jika ia digodam?

 

“Apabila ada pangkalan data digunakan, sudah tentu perlu guna internet dan bukan semua stesen minyak ada internet.

 

“Contohnya di kawasan luar bandar seperti kampung dan kawasan pedalaman. Jika internet down (terputus), macam mana nak beli petrol bersubsidi?” soal beliau.

 

Justeru, Hezeri berkata, penggunaan Mykad untuk membeli RON95 adalah tidak sesuai, malah pemilik stesen minyak juga mungkin tidak akan setuju dengan pendekatan ini kerana ia terlalu kompleks dan berisiko.

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.

 

Susulan itu, ramai masih tertunggu-tunggu kaedah pelaksanannya yang mana kerajaan memberi jaminan ia hanya akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan tinggi dan tidak menjejaskan golongan pendapatan rendah. 




Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo