NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pendedahan arahan lewat malam Anwar supaya biarkan Zahid menang cetus tanda tanya

Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) berkata beliau diarahkan Anwar Ibrahim supaya tidak mencabar kemenangan Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk walaupun sebelum itu dilihat mendahului presiden Umno itu ketika proses pengiraan kertas undi.


Pendedahan mengejutkan oleh setiausaha politik Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa beliau diarahkan presiden PKR itu untuk tidak mencabar kemenangan tipis lawannya, Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi mengembalikan kontroversi di sebalik pembentukan kerajaan beberapa hari selepas pilihan raya umum yang lalu.

Ditemubual sebuah podcast pro-kerajaan baru-baru ini, Shamsul Iskandar Md Akin berkata beliau merasakan sesuatu yang pelik apabila pengiraan kertas undi di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam, walaupun jelas beliau bakal menewaskan Zahid di kubu kuat presiden Umno itu.

"Saya dapat panggilan telefon Anwar pada 2.30 pagi," katanya ketika ditanya kemenangan tipisnya sebanyak 348 majoriti di Bagan Datuk.

Itu yang menarik sebab di Bagan Datuk ini 60 ribu sahaja undi. Tempat-tempat lain dah umum dah... di Bagan Datuk, tak umum-umum lagi."

Menurut Shamsul, beliau mahu pengiraan semula kertas undi, yang lazimnya diminta oleh calon sekiranya terdapat perbezaan undi tipis.

Shamsul berkata beliau ketika itu bersemangan untuk meneruskan perjuangan.

"Ketika itu, saya cakap, kita mesti lawan. Kita kena pastikan kita kira betul-betul. Undi rosak pun dekat 800. Macam mana pulak, saya kalah 348 (majoriti). Kita mahu terus lawan."

Bagaimanapun, Shamsul berkata Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

"Dia (Anwar) telefon, dia kata, 'Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tandatangan untuk menubuhkan kerajaan'," kata Shamsul dalam podcast "Apa Cerita".

Kemenangan tipis Zahid di Bagan Datuk memberikan BN 30 kerusi dalam prestasi pilihan raya paling teruk gabungan itu sejak ditumbangkan pada 2018.

Shamsul berkata dengan 82 kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH), gandingan dengan BN boleh memberikannya majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.

Beberapa hari selepas itu, Perikatan Nasional (PN) tampil dengan sokongan 115 kerusi, di mana pengerusinya Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan menerusi akuan bersumpah yang dihantar kepada Istana Negara.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, melantik Anwar sebagai PM selepas Zahid membawa 30 kerusi BN untuk menyokong pengerusi PH itu, di samping kerusi GPS dan beberapa parti lain.

Shamsul berkata beliau ketika itu meragui dakwaan Anwar bahawa PH bakal mendapat sokongan menerusi sokongan dibawa Zahid.

"Saya tak mahu jadi macam dululah. Tak nak kena 'game'. Macam-macam orang kata kat dia (Anwar), PM-tepilah dah sebagainya. Kali ni kita nak buat betul-betul. 

"Dan dia kata, 'Ya Sam kita akan bentuk kerajaan'." 

Shamsul berkata beliau akur dengan arahan Anwar untuk mengaku kalah di Bagan Datuk kerana mementingkan parti. 

"Macam saya sebutkan tadi, dalam peperangan tak boleh ada dua general. Arahan general, ikut.

"Mestilah sedih. Kita dah kerja kuat dan beri segala-galanya. Kita mahu meraih kemenangan peribadi kita, betul tak?" tambahnya.

Pendedahan Shamsul itu mengesahkan pelbagai laporan mengenai pakatan sulit antara Anwar dan Zahid.

Malah dua minggu sebelum PRU15, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin berkata Anwar sengaja meletakkan Shamsul untuk melawan Zahid kerana mahu menamatkan karier Shamsul yang dilihat "orang Azmin", merujuk bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dipecat parti pada 2020.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut berkata Anwar dan Zahid sudah mengadakan pakatan sulit untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, dakwaan yang ditolak oleh kedua-dua ahli politik itu.

Dakwaan itu tidak memeranjatkan, memandangkan Zahid pada Oktober 2020 pernah mengutus surat kepada Istana Negara bagi menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Muhyiddin di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pada April 2021, rakaman perbualan telefon bocor antara Anwar dan Zahid membongkar pakatan mereka untuk memastikan perwakilan Umno di Perhimpunan Agung Umno waktu itu bersetuju dengan usul memutuskan hubungan PN.

Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk langsung tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP dalam mana-mana pakatan akan datang.

'Siasat salah guna nama istana'

Rafique Rashid.
Rafique Rashid.

Pendedahan Shamsul itu menarik perhatian peguam Rafique Rashid, yang berkata ia bukti berlaku perancangan awal untuk membentuk kerajaan. 

Rafique berkata ia bercanggah dengan dakwaan Anwar dan Zahid selama ini bahawa kerajaan campuran mereka dibentuk atas titah Agong.

"Rupanya Zahid dah sediakan dokumen awal lagi. Benarlah seperti yang dispekulasikan.

"Bagaimana nama Tuanku boleh dipergunakan?" katanya kepada MalaysiaNow, sambil menggesa polis menyiasat pendedahan terkini itu.

Menurutnya, tindakan menggunakan nama Agong dengan alasan "terpaksa akur" untuk tubuh "kerajaan perpaduan" pernah dilaporkan kepada pihak polis oleh badan bukan kerajaan Sekretariat Selamatkan Malaysia pada November tahun lalu, tanpa apa-apa perkembangan lanjut. 

Rafique berkata polis kini berpeluang memanggil Shamsul.



Sumber | MalaysiaNow 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo