IPOH - Kerajaan masih belum memutuskan tahap pendapatan bagi kategori T15 bagi memastikan penyasaran subsidi adil kepada semua pihak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kategori tersebut sedang dicerakin dengan lebih teliti agar penyasaran subsidi itu tidak memberi kesan negatif kepada 85 peratus rakyat.
"Golongan ini tidak terkesan kerana ada T15 tetapi ada orang marah mana boleh hidup dengan gaji RM12,000? Siapa kata, belum diputuskan lagi. Kita hendak lihat apakah T15 itu mampu bayar.
"Kalau tidak mampu jadi T10 atau tingkatkan T15 itu menjadi pendapatan yang lebih tinggi daripada RM12,000 sekarang, belum diputuskan lagi," katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Perak, Memaknai Reformasi Menjulang Madani di sini pada Ahad.
Menurut Anwar, pembangkang sewajarnya memberi cadangan dan bukannya mempertahan golongan T15.
"Sepatutnya pembangkang mereka cadang tidak setuju T15 itu melibatkan RM12,000 mungkin perlu naik RM15,000 atau RM18,000.
"Ini tidak, mereka mempertahankan T15. T15 itu ada yang pendapatan RM1 juta sebulan dan ada yang RM100k sebulan. Kalau pendapatan rendah kita bawa dan kita bagi pertimbangan.
"Kita tidak mahu bebankan rakyat kerana yang pentingnya kita perlu mewakili 85 peratus yang tidak terkesan daripada kenaikan ini," katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2025, Anwar menyatakan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15 dan perkara itu menimbulkan reaksi ramai pihak mengenai pengkelasan golongan T15 berkenaan.
Dalam pada itu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoal tindakan kerajaan yang membuat pengumuman mengenai kategori pendapatan T15 sebelum memperincikan kriteria golongan berkenaan.
Katanya, tindakan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan mengenai golongan T15 yang didakwa menggunakan subsidi bahan api sehingga RM8 bilion.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment