NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda Umno Bukit Gantang ‘lumpuh’, semua AJK letak jawatan

Sumber memaklumkan surat peletakan jawatan hampir semua AJK Pemuda Bukit Gantang telah diserahkan kepada ibu pejabat Umno.



PETALING JAYA
Pemuda Umno Bukit Gantang didakwa ‘lumpuh’ apabila hampir semua ahli jawatankuasa (AJK) meletak jawatan kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan prestasi Ketuanya Mohd Adri Adha Mohamad.

Difahamkan, hanya Adri kekal dalam jawatankuasa itu selepas naib ketua Pemuda serta barisan AJK bahagian terbabit meletak jawatan.

Sumber parti memberitahu FMT, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada ibu pejabat Umno untuk tindakan lanjut sama ada menerimanya atau mengadakan perbincangan bagi mengelak kemelut berpanjangan.

“AJK terbabit mendakwa ketua mereka gagal menjalankan tugas dengan baik terutama dalam usaha Umno mahu merampas semula kerusi itu pada PRU16 nanti.


Jadi mereka letak jawatan dan surat berkenaan telah pun diterima Umno pusat, tetapi sebarang keputusan bergantung kepada pimpinan,

 katanya.

Mengikut Perlembagaan Umno, jawatankuasa Pemuda sesebuah bahagian perlu mengadakan pemilihan semula jika dua pertiga atau lebih AJK meletak jawatan.

Pemilihan itu akan diadakan pada mesyuarat perwakilan khas dengan tempoh memegang jawatan ditetapkan Umno bahagian terbabit.

Bagaimanapun, Ketua Umno Bukit Gantang Mohammad Sollehin Mohamad Tajie ketika dihubungi menafikan sayap Pemuda bahagian itu ‘telah lumpuh’ susulan laporan peletakan jawatan semua AJK kecuali Adri.


Belum lagi itu (terbubar), masih dalam perbincangan. Minggu depan baru ada mesyuarat,

 katanya.

Difahamkan, Adri kini berada di Makkah untuk mengerjakan umrah dan akan pulang ke tanah air, minggu depan.

FMT juga telah menghubungi Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki untuk mendapat maklum balas.

Selain Pemuda Bukit Gantang, sayap Parit Buntar juga dilaporkan bertukar kepimpinan apabila Naib Ketuanya Razman Ismail dilantik pemangku ketua Pemuda susulan peletakan jawatan Mohd Faisal Abd Hamid, Februari lalu.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo