PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pimpinan UMNO diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hubungan dan situasi semasa dalam kerajaan harus dikekalkan dengan sikap hormat- menghormati.
"Jangan usik rakan-rakan komponen dalam parti- parti Kerajaan Perpaduan," katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah hanya penumpang dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan UMNO disifatkan sebagai pandangan peribadi pemimpin itu sendiri.
"Selagi presiden atau ketua parti tidak mengeluarkan kenyataan, kenyataan- kenyataan itu adalah bersifat peribadi.
"Tidak perlu minta maaf," ujar beliau.
Ahmad Zahid berkata, setiap perbezaan pandangan antara parti harus diketepikan agar kerjasama dapat diteruskan bagi menghadapi segala kemungkinan termasuk pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.
"Tadi sebelum dan selepas mesyuarat Jemaah Menteri saya bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengerusi dan setiausaha agong parti komponen.
"Kita ketepikan pandangan," katanya.
Sebelum ini, Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi BN Johor menyindir PKR dan Amanah yang didakwa menuntut banyak jawatan kerajaan walaupun memegang kerusi yang lebih sedikit.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment