KUALA LUMPUR – Seorang veteran UMNO mahu presiden parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan arahan supaya pemimpin mereka tidak ‘mengusik’ rakan gabungan politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia selaras dengan arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta pemimpin UMNO berhenti ‘mengusik’ rakan mereka dalam PH.
“Presiden UMNO mahu supaya pemimpin UMNO berhenti ‘mengusik’ parti-parti komponan Kerajaan Perpaduan.
“Saya berharap presiden parti-parti lain juga akan berbuat yang sama supaya pemimpin mereka tidak ‘mengusik’ UMNO dan perkara yang bersangkut dengan 3R,” tulis beliau yang merupakan Setiausaha Veteran UMNO menerusi satu hantaran di Facebook.
Kelmarin, Ahmad Zahid mengingatkan Pimpinan UMNO supaya tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid berkata, hubungan dan situasi semasa dalam kerajaan harus dikekalkan dengan sikap hormat-menghormati.
“Jangan usik rakan-rakan komponen dalam parti-parti Kerajaan Perpaduan,” katanya seperti dilaporkan.
Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah hanya penumpang dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan UMNO disifatkan sebagai pandangan peribadi pemimpin itu. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment