NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemergian Kong Tuck Wah merupakan kehilangan besar bagi PAS



KUALA LUMPUR – Pas kehilangan seorang ahli bersekutu yang sangat aktif menggerakkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di peringkat Wilayah Persekutuan dan Pusat iaitu Kong Tuck Wah yang meninggal dunia petang semalam.

Dalam kenyataan menerusi laman web DHPP, Pas menyifatkan kehilangan mendiang sebagai satu tamparan besar kepada parti itu, khususnya dalam usaha memperkukuh kerjasama antara kaum melalui sayap DHPP.

Katanya, sepanjang penglibatannya, Tuck Wah sering terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti Pas selain menunjukkan komitmen tinggi dalam memperjuangkan agenda perpaduan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Beliau juga dikenali kerana peranannya yang konsisten dalam mengeratkan hubungan antara DHPP dengan kepimpinan PAS, selain terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Sementara itu, Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr. Balachandran Gopal Krishnan, menyifatkan pemergian Tuck Wah sebagai kehilangan besar buat parti.

Tambah beliau, Tuck Wah bukan sahaja hadir dalam program-program besar parti, tetapi juga banyak menyumbangkan idea dan tenaga di peringkat akar umbi, terutama dalam Wilayah Persekutuan.

Usahanya memperkukuh hubungan antara kaum dan agama akan terus dikenang sebagai legasi yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli DHPP dan Pas.

DHPP ialah sayap PAS yang terbuka kepada bukan Islam, berperanan untuk mendekatkan golongan ini dengan dasar-dasar Pas.

Kehadiran tokoh seperti Tuck Wah membantu mengangkat imej Pas sebagai parti yang inklusif dan prihatin terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia.

“Kami berharap keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga jasa dan pengorbanannya dikenang, dan usaha beliau dalam merapatkan hubungan antara PAS dan masyarakat bukan Islam akan kami teruskan,” tambah Dr. Balachandran seperti dipetik laporan portal DHPP itu.

Tambah kenyataan itu lagi, kehilangan itu membuka ruang untuk Pas memperbaharui komitmennya dalam memperkukuh agenda perpaduan dan persefahaman antara kaum, sejajar dengan visi DHPP dan aspirasi Tuck Wah.

“Meskipun beliau telah pergi, semangat dan perjuangannya akan tetap hidup dalam setiap langkah yang diambil oleh PAS dan DHPP,” katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin Pas turut merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang Tuck Wah antaranya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata beliau, Tuck Wah menunjukkan komitmen luar biasa dan merupakan  individu penting yang menggerakkan DHPP di peringkat Pusat dan Selangor.

“Saya menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga, juga keluarga DHPP. Diharapkan sabar dan cekal diatas pemergian insan yang tersayang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.  – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo