NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemegang lesen ‘bukan warganegara’ dalam MyJPJ akibat gelinciran sistem

JPJ komited untuk membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.




PETALING JAYA
Isu beberapa pemegang lesen motosikal B2/B1 menerima mesej dalam aplikasi MyJPJ menyatakan mereka bukan warganegara berlaku disebabkan ‘kegelinciran sistem’, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Ketua pengarahnya, Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah itu, yang menjejaskan pengguna menyemak kelayakan program peralihan lesen memandu.


JPJ juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kegelinciran sistem bagi semakan status kelayakan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B. Jabatan ini telah mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta,

 katanya dalam kenyataan.

Pemegang LMM Kelas B2/B1 yang sebelum ini menerima paparan mesej ‘Bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak’ dinasihatkan untuk log keluar dan log masuk semula aplikasi MyJPJ dan boleh menyemak semula status kelayakan di ‘Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B’.

Beliau berkata, JPJ menghargai maklum balas orang ramai berkenaan pelaksanaan program itu dan komited untuk membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sebelum ini, JPJ mengumumkan kemas kini MyJPJ selepas melihat permintaan tinggi untuk semakan kelayakan dalam talian selepas penambahan program peralihan lesen memandu khas.

Bagaimanapun, beberapa pemegang lesen B2/B1 menghadapi masalah mendaftar dalam program itu apabila aplikasi MyJPJ menyatakan mereka tidak layak kerana ‘bukan warganegara Malaysia’.

Dalam pada itu, Aedy menasihatkan orang ramai yang layak bagi program khas peralihan lesen itu agar tidak tergesa-gesa mendaftar, menyebabkan permintaan tinggi bagi institut memandu (IM) terpilih.

Program tersebut tidak mempunyai tempoh tamat yang tertentu atau tiada had masa .Pihak JPJ juga telah memaklumkan kepada semua IM yang terlibat untuk menerima setiap permohonan calon, 
katanya.




Sumber | FMT Malaysia 

 



 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo