NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembangkang persoal kapasiti soalan lisan lebih kepada wakil kerajaan



KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini membangkitkan isu jumlah soalan lisan yang dilihat idak adil kepada pihaknya.

Ketua Whip pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, terdapat ketidak seimbangan dalam jumlah soalan lisan yang didkawanya lebih kepada pihak kerajaan.

“Dasar baharu iaitu memberikan giliran pertanyaan soalan lisan dalam kadar 6:4, ini kerana tidak wajar dan bercanggah dengan amalan sebelum ini.

‘Ini adalah praktis yang dibuat sekian lama di zaman Barisan Nasional mempunyai lebih dua pertiga majoriti pun nisbahnya 1:1 kepada pembangkang,” katanya sebelum sesi soalan lisan dibenarkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, tindakan itu tidak selari dengan saranan kerajaan untuk menjadikan pembangkang sebagai ejen semak dan imbang dalam Parlimen.

“Sepatutnya soalan ini diberikan lebih kepada pembangkang, sepatutnya begitu. Ahli Parlimen kerajaan tidak perlu bertanya kerana mereka dalam kerajaan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kerajaan perlu membawa pembangkang ke meja rundingan sebelum tindakan itu diputuskan begitu sahaja.

Mengambil bahagian, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee pula berkata, tindakan baharu kerajaan  tidak sepatutnya berlaku. 

Jelasnya, kaedah yang dimulakan oleh mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah satu perkara yang baik  untuk kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

“Yang ini tidak perlu kacau, sebab ia adalah precedented (pernah berlaku) sebelum ini,’ katanya menambah.

Johari bagaimanapun tidak mengendahkan permintaan tersebut dan meneruskan sesi pagi Dewan Rakyat.

“Boleh bincang tapi dalam kes ini, saya nak kekalkan kedudukan itu sama ada nak tukar atau tidak,” katanya lagi.

Dalam aturan mesyuarat, sesi soalan lisan didapati dikurangkan kepada empat berbanding lima kepada pembangkang sebelum ini.

Sebelum ini, 10 soalan lisan pertama dalam sidang Dewan Rakyat dibahagikan sama rata diantara kerajaan dan pembangkang. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo