NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti DAP mempunyai kepelbagainya ahli tetapi berjuang semata-mata untuk kaum Cina sahaja




KUALA LUMPUR
Sidang Dewan Rakyat kecoh selepas seorang Ahli Parlimen pembangkang mengaitkan DAP hanya mewakili masyarakat Cina berdasarkan sebuah laporan berita.

Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) membaca berita laporan sebuah portal memetik kenyataan seorang tokoh hartanah yang meminta semua parti politik Cina termasuk DAP dan MCA mengakui kepentingan masa depan dan kebajikan komuniti itu.


RSN Rayer (PH-Jelutong) membidas Marzuk dan mengatakan Ahli Parlimen PAS itu cuba membuat sangkaan jahat dengan mengatakan DAP parti semata-mata mewakili orang Cina.

“Untuk makluman Speaker DAP ini dianggotai bukan sahaja oleh warga Malaysia berbangsa Cina (tetapi) dianggotai anggota Malaysia berbangsa India seperti saya dan bangsa Melayu seperti Bangi (Syahredzan Johan).


Tolong betulkan fakta berbahas di dewan mulia ini mengatakan DAP ini politik Cina,

katanya di Dewan Rakyat semasa mencelah dalam perbahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkait kewarganegaraan di Dewan Rakyat.

Wong Shu Qi (PH-Kluang) pula berkata artikel itu sudah diturunkan dan meminta Marzuk memastikan kesahihannya sebelum membangkitkannya dalam perbahasan.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul meminta Marzuk untuk menyerahkan artikel terbabit untuk disahkan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan lanjut.

Serah artikel untuk saya sahkan dan saya berikan kepada menteri dalam negeri untuk siasatan,

 katanya.


Marzuk mendakwa berita itu masih disiarkan di portal terbabit ketika beliau menyediakan teks perbahasan di dewan rakyat.

Semakan mendapati artikel terbabit telah diturunkan.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo