NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakatan Harapan dan DAP mahu anak tirikan Tasek Gelugor?

Wan Saiful Wan Jan kata wakil rakyat PN berkhidmat sekadar yang mampu, dalam keadaan peruntukan parlimen mereka ‘disekat’, menurut beliau.




PETALING JAYA
Wakil rakyat Wan Saiful Wan Jan membidas dakwaan Lim Guan Eng bahawa sejumlah RM1.4 juta daripada peruntukan untuk kerja-kerja di Parlimen Bagan telah ‘dirampas’ (hijacked) untuk disalurkan ke Parlimen Tasek Gelugor.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata wang pembayar cukai bukan hak mutlak mana-mana parti politik.

Ahli politik Bersatu itu menambah wakil rakyat Perikatan Nasional berkhidmat sekadar yang mampu, dalam keadaan peruntukan parlimen mereka ‘disekat’, menurut beliau.


Adakah Lim berpandangan dana pembangunan hanya untuk kawasan mereka manakala kawasan-kawasan PN diketepikan?
 katanya di Facebook.


Adakah Pakatan Harapan dan DAP mahu anak tirikan Tasek Gelugor?

Semalam, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa sejumlah RM1.4 juta daripada RM5.6 yang diperuntuk untuk kerja naik taraf jalan persekutuan dari Butterworth ke Kepala Batas telah ‘dirampas’ untuk disalur ke Parlimen Gelugor.

Beliau mendakwa ini kali kedua dana untuk Bagan disalurkan ke Tasek Gelugor.

Menjawab kenyataan itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata ‘perkara kecil’ itu telah diselesaikan.

Lim bagaimanapun berkata beliau sedang menunggu penyelesaian muktamad, dan bersedia membawa perkara itu ke menteri kerja raya jika perlu.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo