JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menepati ramalan apabila dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan tersebut sejak sedekad lalu.
Nie Ching yang merupakan Ahli Parlimen Kulai turut mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor.
Dalam pemilihan parti yang berlangsung pada Ahad itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi diangkat sebagai Timbalan Pengerusi DAP Johor.
Selain Nie Ching dan Shu Qi, seorang lagi pemimpin wanita DAP, Gan Peck Cheng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram dan bekas Timbalan Speaker DUN Johor dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP Johor bersama bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.
Dalam pada itu, Nie Ching berkata, pemilihannya sebagai Pengerusi DAP Johor adalah penghormatan dan tanggungjawab yang besar.
Beliau turut berterima kasih dengan Chin Tong yang telah mengabdikan satu dekad kariernya untuk mengukuhkan dan memimpin DAP Johor.
"Sebagai Ketua Wanita DAP, saya juga berbangga untuk menyatakan bahawa daripada 20 anggota Jawatankuasa DAP Johor, seramai sembilan daripadanya adalah wanita, mewakili 45 peratus daripada jawatankuasa negeri.
"Ini adalah representasi wanita yang tertinggi antara semua Jawatankuasa Negeri DAP di seluruh negara.
"Wanita bukan sekadar wakil simbolik tetapi perlu diberi tanggungjawab penting untuk memimpin. Ini adalah bukti jelas pemerkasaan gender dan menjadi bukti komitmen DAP Johor terhadap kesetaraan gender dan pemerkasaan wanita dalam kepimpinan.
"Kami akan terus memperjuangkan nilai-nilai ini dan berusaha untuk representasi dan inklusiviti yang lebih besar di masa hadapan," katanya.
KEPIMPINAN DAP JOHOR
Pengerusi: Teo Nie Ching
Timbalan Pengerusi: Wong Shu Qi
Naib pengerusi:
Gan Peck Cheng
Sheikh Umar
Setiausaha: Andrew Chen Kah Eng
Penolong Setiausaha: Ng siam luang
Bendahari: Ng Kor Sim
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment