NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NASIONALIS kecewa Belanjawan 2025 gagal lindung Tanah Rizab Melayu



Gabungan Nasionalis (NASIONALIS) kecewa selepas pengumuman Belanjawan 2025 gagal melindungi Tanah Rizab Melayu. 

 

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, meskipun terdapat beberapa inisiatif yang wajar dipuji namun sikap sambil lewa kerajaan bakal memakan diri. 

 

“Tiada peruntukan untuk bela Tanah Rizab Melayu dan tiada akta melindunginya. Tiada juga usaha untuk membeli semula tanah yang hilang. 

 

“Tiada juga peruntukan untuk Perbadanan Tanah Rezab Melayu tetapi kampung Cina diberi RM83 juta untuk dibangunkan,” katanya.

 

Beliau berkata, demikian kepada TV Pertiwi ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 

Anwar yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat berkata kerajaan bersetuju untuk memperuntukan 50 ekar daripada pembangunan Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu.

 

Katanya, langkah itu hanya sebagai permulaan dalam mengenal pasti tanah kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan tidak mengabaikan kesimbangan sosioekonomi jangka panjang. 

 

Aminuddin berkata, selain isu Tanah Rizab Melayu, kerajaan juga dilihat kurang menggandakan usaha untuk mengangkat budaya Melayu. 

 

“⁠Tidak ada bajet untuk naikkan budaya Melayu seperti membina galeri dan lain-lain. Hanya diberikan umum kepada semua kaum. 

 

“Selain itu, pengumuman subsidi minyak, rakyat B40 ke bawah akan terkesan. Begitu juga tidak diumumkan peruntukan untuk memansuhkan tol. 

 

“⁠RM800 juta untuk pembangunan usahawan Bumiputera tidak mencukupi,” katanya yang bersetuju peruntukan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. 



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo