NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mustahil ‘terlepas pandang’, Haramkan The Hash House Harriers di Malaysia – Puad



JOHOR BAHRU – Persatuan The Hash House Harriers yang menganjurkan Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, Sabtu lalu hingga mencetuskan kontroversi dan mempromosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu diharamkan daripada beroperasi di negeri ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd  Puad Zarkashi berkata, bukan sahaja di Johor tetapi juga perlu diharamkan di seluruh negara kerana tradisi dan amalan yang dibawa tidak sesuai dengan budaya tempatan.

“Buat apa bawa tradisi ‘Hash House Harriers’ di negara ini. Banyak budaya negara dan Johor yang boleh diguna untuk larian amal. Bukannya dengan berpakaian nampak punggung dan promosi LGBT.

“Sepatutnya ‘Hash House Harriers’ diharamkan terus jadi penganjur apa sahaja aktiviti di Malaysia khususnya di Johor. Itu bukan promosi Johor tapi menjahanamkan imej Johor Darul Ta’zim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau tidak dapat menerima alasan diberikan penganjur bahawa mereka ‘terlepas pandang’ perkara tersebut sebelum foto dan video program larian berkenaan tular dalam media sosial.

“Mana mungkin penganjur terlepas pandang. Sepatutnya mereka boleh nampak pakaian peserta dan boleh halang dari awal lagi penyertaan mereka atau ketika sedang berlari.

“Batalkan sahaja lesen mereka dan haramkan jadi penganjur masa akan datang. Memalukan,” ujarnya.

Kelmarin, polis menahan menahan tiga lelaki berusia antara 39 tahun hingga 70 tahun di sebuah hotel di Desaru, Kota Tinggi selepas dipercayai berpakaian tidak senonoh dan lucah.

Bagaimanapun seorang lelaki sudah dibebaskan.

Dua daripada mereka iaitu lelaki warga emas dari Taiwan dan India masing-masing didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini.

Kedua-duanya yang berusia 66 dan 70 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah memakai pakaian menjolok mata hingga mendatangkan kegusaran awam ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 itu.- MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo