NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Menang tetap menang” kata Dr Akmal



MELAKA – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditempelak agar tidak membuat spekulasi murahan berhubung keputusan Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, dakwaan kononnya tindakan bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu telah memberikan kemenangan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kerusi itu hanyalah untuk menunjuk lagak hero.

“Dulu masa kalah bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk dipaksa juga ke untuk tak buat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)?

“Pilihan raya ini ada undang-undang, kalau rasa boleh menang atau tidak berpuas hati buat bantahan pada SPR pada masa yang ditetapkan,” katanya melalui status media sosial rasminya hari ini.

Tegasnya lagi, spekulasi murahan seperti itu tidak sepatutnya ditimbulkan semula seolah-oleh telah memberikan kemenangan kepada Ahmad Zahid.

“Menang tetap menang dan kalah tetap kalah mengikut undang, tak perlu acah-acah jadi herolah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beliau untuk tidak membuat kiraan semula walaupun terdapat kira-kira 800 undi rosak dalam keputusan Parlimen Bagan Datuk pada PRU15.

Arahan itu adalah supaya kerajaan dapat dibentuk melalui kerjasama dengan UMNO yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu siaran podcast dan mendakwa diarah tidak mencabar keputusan kerusi itu yang menyaksikan beliau tewas kepada Ahmad Zahid dengan majoriti tipis iaitu 348 undi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo