NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih banyak kaedah sambutan boleh dibuat - KJ



SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, masih banyak kaedah sambutan boleh dibuat bagi meraikan hubungan diplomasi Malaysia-China, tetapi bukan dengan cara membenarkan kadet Tentera Laut China masuk ke sekolah kerana mereka mungkin bakal berada atas kapal perang yang akan menceroboh kawasan Malaysia pada masa akan datang.

Sehubungan itu beliau menyifatkan tindakan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling di Air Itam, Pulau Pinang menerima kehadiran sejumlah 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China itu sebagai tidak sensitif dan perlu dijadikan pengajaran agar tidak berulang.

"Walaupun China rakan strategik Malaysia, tapi kalau ada satu benda yang menjadi masalah antara Malaysia dan China adalah apa yang telah dibuat oleh tentera laut mereka di Laut China Selatan.

"Mereka ini adalah kadet di universiti pertahanan Tentera Laut China yang mana mereka ini sedang dilatih akan menjadi kelasi...dan mungkin satu hari nanti akan menjadi kelasi atas kapal perang yang akan menceroboh kawasan Malaysia.

"Walaupun optiknya ini hanya program diplomasi biasa, pertukaran budaya dan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China daripada segi optiknya, mungkin ada banyak lagi benda lain yang kita boleh terima dan boleh dijadikan sebagai pertukaran diplomasi dan sebagainya.

"Kalau tentera laut dengan tentera laut saya rasa tak ada masalah," katanya menerusi program audio siar Keluar Sekejap (KS) pada Isnin.

Sebelum ini Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek, menjelaskan dakwaan kehadiran tentera China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang, minggu lalu adalah tidak benar sebaliknya mereka adalah terdiri daripada sekumpulan pelajar termasuk pensyarah dari Naval University of China.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyangkal perkara itu kerana sekumpulan pelajar berkenaan bukan pelajar universiti biasa, sebaliknya mereka dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga senada dan menyifatkan insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

"Untuk raikan 50 tahun (sambutan ulang tahun hubungan Malaysia-China) itu kita setuju. Tapi bukan cara ini (kadet tentera laut China masuk ke sekolah).

"Ini bukan benda terlalu serius tapi kalau boleh lebih sensitif pada masa depan tentang hal-hal sebegini, "katanya. 



Sumber | ainar Haian











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo